Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Thursday, July 7, 2011

~masihkah kau ingat~

kawan,
masihkah kau ingat,
tarikh perkenalan kita?
atau mungkin,
detik perkenalan itu?
tiada kata-kata indah yang kau lafazkan,
segalanya hanyalah menyakitkan hatiku.
namun,
disitulah kita bermula,
berkawan dan bergurau senda,
tiada kata dapat ku gambarkan,
bertapa gembiranya dapat berkawan dengan kau.
bukan kerana ingin menumpang nama,
bukan juga untuk menumpang glamour,
tapi sikap keterbukaan kau,
membuatkan segalanya indah belaka.
kawan,
walaupun perkenalan ini cuma seketika,
kau tetap menjadi sejarah,
kata-kata kau yang menikam kalbu itu,
bukanlah palsu,
malah,
terselit seribu satu makna disitu,
yang dapat dileraikan,
melalui hati yang terbuka.
kawan,
sejauh manapun hendak kau pergi,
sekuat mana pun hendak kau lari,
aku di sini tetap mendoakan,
yang terbaik untuk diri kau,
bukan untuk disini,
malah di mana jua kau berada.
ingatlah,
aku bangga menjadi kawan kau,
aku gembira menjadi sebahagian dalam hidup kau,
aku tak pernah berdendam dengan kata-kata kau,
biar apa pun tanggapan orang terhadap kau,
kau tetap kawan yang mendapat tempat di hatiku.
maafkan aku,
andai ada melukakan hatimu,
sepanjang perkenalan kita yang singkat itu.


salam ikhlas dari jauh,
teman "sepergaduh"mu

1 comment:

Anonymous said...

Kita sama2 mengalami kehilangannya..
Semoga jalan yg dipilih itu jalan yg tbaik..