Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Tuesday, July 24, 2012

J.A.N.J.I.


hari ini aku sedar,
bahawa janji itu cuma sebahagian daripada kata-kata,
dapat diubah,
boleh juga untuk dilupakan...
mereka yang menabur janji 
mungkin mudah untuk melupakannya,
tapi..
mereka yang menerima janji 
sampai mati akan terus mengingatinya,
ada waktunya,
janji juga boleh menjerut hati sendiri,
hanya semata-mata untuk
melihat kegembiraan orang yang kita cintai.
berhati-hatilah dalam melafazkan janji,
kelak kita yg akan merana nanti...

Sunday, July 22, 2012

mungkinkah ini Ramadhan terakhir?


Ya Allah,
banyaknya dosaku..
tak malunya aku...
masih berani menghirup udaraMu,
hidup dalam nikmatMu,
tapi aku tak berhenti-henti,
melakukan dosa di hadapanMu...
ampunilah daku Ya Allah,
bukakanlah pintu hatiku Ya Allah,
jauhkanlah aku dari seksa api nerakaMu...
aku bertaubat Ya Allah..
terimalah aku Ya Allah..