Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, October 6, 2013

30 hari menuju SPM!


enam oktober dua ribu tiga belas
ya! tiga puluh hari lagi..
tu dari mata kasar kita..
cuba kira dari sudut yang lain,
kamu cuma ada lebih kurang dua minggu jek lagi..

kamu, yg saya sayangi
disebabkan saya dah menganggap kamu seperti mana adik saya sendiri,
saya berhak menasihati dan berusaha 
untuk menjadikan kamu semua insan yang cemerlang
di mata saya.

wahai pelajar yang saya sayangi
ada ketikanya saya marahkan kamu,
marah sehingga hampir menitiskan air mata..
kecewa, tp saya masih belum putus asa.
saya marah bukan bererti saya bencikan kamu,
saya sayangkan kamu,
saya bertanggungjawab untuk marah dan memperbetulkan kesalahan kamu
kerana,
saya tak mahu dimarahi di akhirat nanti hanya kerana tidak memarahi kamu skrg

pelajar yang saya sayangi,
biarpun tak berapa pandai, tetapi berakhlak baik dan menghormati orang lain,
itu lebih membanggakan saya daripada mereka yang berlagak pandai tetapi bodoh sombong,
saya bukan minta dihormati,
tetapi belajarlah menghormati orang lain,
agar orang lain menghormati kamu satu hari nanti..
saya bukan setakat nak kamu berjaya dalam akademik,
tetapi  nak kamu menjadi insan yang baik di dunia ini.

saya sedar, 
adakalanya kata-kata saya pedas hingga menghiris hati kamu,
saya juga sedar,
adakalanya saya seakan-akan menakutkan kamu semua,
tapi kalau saya tak lakukan seperti ini,
mampukah kamu sedar sendiri?
bukan niat saya untuk pilih kasih,
bukan niat saya pilih mana yang saya suka,
tak ada niat untuk membelakangkan yang lain.
tapi saya sedar
tak semua orang suka saya.
saya suka menasihatkan pada mereka yang suka mendengar nasihat.
saya doakan yang terbaik buat kamu semua..

*pelajar perdagangan 5A1, saya halalkan segala ilmu
yg sempat saya curahkan pada kamu semua, saya maafkan
segala kesalahan kamu semua, saya doakan kamu dapat
menjawab soalan SPM dengan tenang, saya doakan kamu
semua berjaya dalam hidup masing-masing*

Hayatul,
awaklah insan yang paling banyak kena bebel dgn saya,
awak sendiri tahu sebab apa kan? ingat semula setiap kata-kata
saya pada awal sewaktu di kantin seberapa hari sebelum saya tamat
praktikal di TDA, ingat semula apa yang pernah saya cakap kat awak dari mula 
kita kenal sehinggalah sekarang. saya tahu, awak ada kecik hati dgn kata-kata saya
tapi semua tu saya buat demi kebaikan awak. fikirkanlah dengan mata hati
buat yang terbaik untuk diri sendiri, saya yakin dan saya
percaya awak boleh lakukan segalanya..

AzlanShah,
saya pegang pada janji awak suatu ketika dahulu, 
saya nak awak buktikan yang awak boleh berjaya.
dah pelbagai nasihat dan kata-kata pedas saya berikan pada awak,
dengan harapan awak akan sedar dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
maafkan saya jika kata-kata saya pada awak selama ini mengguris hati awak, 
saya faham keadaan awak, family jauh dan tak nak menyusahkan mereka,
saya tahu awak kuat dan tabah menghadapi segala dugaan,
dan saya juga harap awak tabah menghadapi 30 hari sebelum SPM
awak ada aura awak tersendiri, sebab itu saya nak awak belajar 
bersungguh-sungguh demi masa depan awak sendiri.

Hidayah,
jika awal-awal dulu saya memang tak kisahkan awak sbb saya tengok awak mampu
berdikari dan berusaha sendiri. awak rajin belajar dan akan belajar bersungguh-sungguh
sebab itu saya jarang menegur kesalahan awak sbb sy percaya awak mampu berjaya,
tapi kepercayaan sy pada awak mula goyah,
saya tahu awak makan hati dengan kata-kata saya tempoh hari,
tp saya percaya awak masih waras dan mampu berfikir secara positif.
belum terlambat untuk awak kembali kepada Hidayah yang dulu,
syukurlah jika awak sedar awal dan awak ada masa lagi dua minggu untuk 
memperbaiki diri awak.. saya doakan semoga awak berjaya.

Syahmi,
dari dulu lagi saya dah nampak potensi yang ada dalam diri awak, 
walaupun ditentang oleh orang lain, saya hanya mampu tersenyum dan berdoa
agar awak berubah satu hari nanti.. 
memang saya agak kecewa bila awak seakan tidak mendengar
nasihat saya, tp saya masih tidak berputus asa.. 
alhamdulillah.. 
saya mampu senyum sedikit apabila mendengar cerita daripada kawan-kawan awak.
saya pegang pada janji awak, awak masih belum terlambat untuk buktikan
awak boleh berjaya di mata orang lain..

Aiman,
walaupun saya tak pernah mengajar awak secara formal di dalam kelas,
tapi saya percaya awak mampu beri kejutan dihujung zaman persekolahan awak.
percayalah pada diri sendiri yang awak mampu berjaya..
buang mind set awak yang mengatakan matematik itu susah..
dalam masa 30 hari awak mampu mengubahnya jika awak mahu berjaya!

Arif,
saya tak pernah mengajar awak secara formal, 
hanya mendengar cerita orang lain sambil tersenyum,
tapi saya percaya ada peningkatan sejak semenjak ini..
teruskan usaha awak untuk menuju SPM,
berikan sesuatu yang bakal dibanggakan oleh famili awak sndiri.

SAYA CABAR KAMU SEMUA,
dalam masa TIGA PULUH HARI,
KURANGKAN bermain, KURANGKAN ONLINE, KURANGKAN cakap kosong
dan gandakan waktu ulang kaji anda.. biarlah apa orang nak cakap, 
asalkan awak tahu apa yang awak lakukan

TITISKAN air mata ibu dan ayah kamu, 
dengan genggaman KEJAYAAN kamu,
bukannya dengan KEGAGALAN kamu dalam kehidupan.

akhir kata,
sahutlah cabaran 30 hari saya dengan semangat untuk berjaya..
jika kamu berhajat untuk BERHENTI belajar,
lihatlah diri saya yang masih belajar,
walaupun sudah bergelar CIKGU..
HADIAH yang paling bermakna buat saya
adalah kejayaan kamu semua.
saya tunggu hadiah tersebut.
SEMOGA BERJAYA!

Thursday, October 3, 2013

Penghujung September...

awal-awal September dulu sibuk orang tweet/update tajuk lagu
"Wake me up when September ends" kan?
haaa... ntah da bangun ntah mereka-mereka tu..
end September?
30 September 2013, BEST
sbb apa?
banyak aktiviti bersama ex-student.. hihi
ni smua gara-gara nak memenuhi permintaan 
NURHAYATUL SHAHIDA BINTI ROSLI
kang kalau tak tunaikan sampai bila-bila dia ungkit.. hahaha

*ni la dak Hayatul*

bermula ngan bowling dan berakhir dengan makan! hahaha
sape mereka?
Azlan, Aiman, Hayatul, Hidayah, Syahmi, Syahril, Arif.

*score bowling kami*

nama pun main saje-saje jek kan?
apalah sangat dengan bilangan jatuhan pin tu..
da kami smua pun bukannya pakar sangat..
so takdela merana sangat bila dapat mcm tu jek.. hahaha
kalah ngan Aiman pun skit jek.. hahaha

*fokus kat nama AIM*

tapi ada sejarah tercipta petang tu,
bila Aiman 'berjaya memberikan AYAM' d hujung permainan..
sebab tu la dia menang!
hurm.. bak kata Azlan,
tu semua nasib jek..
apa pun terjadi, kami tetap happy!
bukti happy?
kami tak gaduh.. hihi..

*saje suka-suka*

saje suka-suka untuk dijadikan kisah klasik utk masa depan (konon)
secara tak langgung leh ingat besday masing-masing... hihi
tak payah nak tiup-tiup lilin
ni buat pakej jek.. hahaha

pas beriadah, makan, pas makan dorang ajak g 'uji bakat'
kononla..
tapi nak bagitahu jujur la ni..
suara Syahmi Murad memang menyentap jiwa.. hihi
suara AzlanShah n Hayatul lagi best jika dibandingkan dengan ......... (isi sendiri) hihi

saje jek meluangkan masa dengan mereka dan mendengar 'luahan hati' mereka
rasanya tak salah selagi kami tak buat keja yang tak betul..
kak Murni pon ckp
'tu da luar waktu sekolah, pandai2lah jaga diri sndiri'
so, kalo ada yg ckp apa-apa tu..
anggap jek la mereka CEMBURU?
hahahahaha (jelak jahat)

*Hidayah-Izza-Hayatul-Syahril-Azlan-Arif*

*Hidayah-Izza-Arif-Syahmi-Hayatul-Azlan*

ok.. dua gambar tu BUKTI kami keluar bersama, bukan cakap kosong.. 
hahahaha
apa pun sy sangat terhibur dengan telatah Syahmi Murad!
dan duet Azlan dan Hayatul sangat menghiburkan
(hanya mereka jek yg tahu kenapa) hihi

OK! skrg da tiba masanya untuk korang fokus pada TANGGUNGJAWAB masing-masing.
perjalanan korang masih jauh..
panjang umur, kita leh keluar bersama lagi..
selamat maju jaya!
Assalamualaikum... :)

Sunday, September 29, 2013

..air mata...


kadang kala rasa tak mampu bertahan,
Langkah kian perlahan,
air mata tak tertahan,
mengalir laju tanpa kehendak tuan..
sabarlah hati..
sabar...

Friday, September 27, 2013

roti panggang berkeju

Roti Panggang Berkeju?
hihi 
suka hati la kan nak letak nama apa kan? janji halal d makan..
ok hari ini kita belajar memasak...
bukan masak yang susah2 pon..
kita masak utk makan sndiri..
jom tengok gambarnya dulu..


haa... tu la roti panggang berkeju...
bukan susah sangat pon nak buat..
cuma gunakan:
 1sosej
1 slice cheesedale
2 keping roti
mentega
mayonis

cara menyediakannya:
rebus sosej, angkat, toskan dan potong slice nipis-nipis
bahagian luar roti sapu mentega
bahagian dalam roti sapu mayonis
letak cheese
susun sosej yang telah dipotong
tutup dengan roti yang disapu mentega
bakar dengan non-stick pan

tapi saya pakai pemanggang ajaib jek.. sbb tu mcm ada bercorak..
ni haa pemanggang ajaib... hihi

SELAMAT MENCUBA!

Monday, September 23, 2013

INGAT! Niat kerana Allah :)


Belajar itu susah dan memeningkan kepala,
pening berbulan-bulan lamanya...
namun,
dikemudian hari...
tidak belajar itu, lebih susah...
susahnya pula,
bertahun-tahun lamanya...
BENAR,
belajar itu susah dan memeningkan kepala,
TETAPI...
anda fikirkanlah sendiri :)

Syukur.. Alhamdulillah...


walaupun aku bukan yang terbaik, 
tapi aku da lakukan sehabis baik selama ini..
Alhamdulillah..
syukur dengan segala nikmat yang diberikan..
kejayaan ini khas untuk arwah abah yang tak pernah jemu-jemu 
memberi galakan dan sokongan pada diri ini..
tanjung malim,
satu daerah yang tak pernah aku impikan untuk kesana,
pada mulanya aku seakan patah semangat untuk ke sana
namun,
dengan segala impian dan harapan orang sekeliling, 
aku gagahkan jua hati ini..
sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik,
setahun menimba ilmu dan pengalaman di sana,
membuatkan diri ini terasa bergitu insaf
mengenali erti sebuah kehidupan.
susah payah diharungi bersama teman.
terima kasih teman serumah,
terima kasih teman sekuliah,
terima kasih teman yang sentiasa menemani diri ini.
sesungguhnya aku tak mampu untuk membalas jasa baik kalian semua..
hanya Allah yang akan membalasnya..
semoga kita akan dipertemukan pada satu masa nanti..
semoga ikatan yang terjalin tidak putus ditengah jalan..
buat mama, adik-adik dan seluruh ahli keluarga,
terima kasih atas doa kalian..
selagi badan dikandung hayat,
akan ku berbakti pada semua..


Thursday, September 5, 2013

..akulah penyambung warisan..

empat tahun aku menunggu,
lama... memang lama
tapi aku mampu bersabar dan akan terus bersabar
selama ni jatuh bangun aku sebagai GSTT
ada seorang abah yang selalu memberikan semangat pada diri ni
namun kini, 
segalanya akan ku tanggung sendiri..
tahun lepas, sewaktu aku menerima tawaran tersebut
abah insan yang paling gembira
mungkin tercapai hajatnya untuk melihat aku meneruskan kerjayanya
segala nasihat dan sokongan abah berikan
segala bantuan kewangan abah salurkan
ye.. aku bersyukur punyai abah yang sangat memahami
aku belajar bersungguh-sungguh untuk balas jasa dan pengorbanan abah
abah tersenyum bila aku habis semesta dua tempoh hari
sanggup ambil aku jauh di tanjung malim
time praktikal, abah juga insan yang paling banyak percaya pada diri ku
aku ingat lagi pesanan abah time tu
"dengan budak-budak kena jadi bagaikan kawan, jangan lawan tarik mereka perlahan-lahan"
perlahan-perlahan aku ikut ckp abah
namun, aku d duga lagi..
Allah ambil abah disaat aku perlukannya
dan disaat itulah pelbagai dugaan mendatang
aku menangis keseorangan dan adakalanya bagaikan nak sms abah untuk meluahkan perasaan
kuasa Allah, Allah pinjamkan segala kekuatan untuk diri ini..
dugaan yang datang aku tempuhi dengan tenang
alhamdullilah,
aku berjaya mendapat A- untuk praktikal tempoh hari
menitis air mata ni disaat teringatkan kata-kata Encik Kamal suatu tika dulu
"kalau saya yang menilai awak, dah lama saya bagi awak A++ awak dah banyak sentuh hati pelajar di sini"
aku tak mengharapkan keputusan cemerlang, yang aku harapkan aku tak lupa diri suatu hari nanti
September menyimpan 1001 kenangan..
11 September merupakan hari kelahiran abah,
tiada lagi ucapan yang dapat diberikan
hanya doa yang mampu dipanjangkan..
13 September hari Konvokesyen aku..
sedih, pilu segalanya ada kerana abah tak sempat melihat aku naik ke pentas menerima diploma pendidikan
diploma yang sangat-sangat dinanti-nantikan sejak dulu lagi.. 
namun siapalah aku untuk menolak ketentuan Allah?
akan ku jejak kaki ke dewan konvo dengan 1001 perasaan
segalanya hanya untuk abah..
terima kasih abah atas segala didikan abah selama ini
penat lelah abah di dunia untuk mendidik kami tak akan kami sia-siakan
harapan aku agar aku dpt menunaikan wasiat abah satu ketika dulu..
ye akulah penyambung warisan!
al-fatihah buat abah, Naaman Bin Mohd Shah

Wednesday, September 4, 2013

mereka yang teristimewa..

....terima kasih atas segalanya yang telah kau beri amat ku hargai
semua ku simpan di dalam hati, penuh riang tawa mesra
terus terukir di hati....


sejujurnya, ku akui aku memang merindui mereka..
walaupun tempoh perkenalan hanyalah 16minggu 
tapi rasanya bagaikan dah kenal lama..
mereka memang istimewa di mata ini..
hahahaha
tak tahu nak ungkapkan mcmana istimewanya mereka..
yang pasti mereka pandai mengambil hati,
takde la menggedik sgt, tapi setiap hari ada je bahan yang mampu buat aku tersenyum
AZLAN, periang orangnya namun dlm hatinya takde siapa yang tahu. suka buat orang lain tersenyum dan ketawa dengan segala macam idea di dalam kepalanya..
SYAHMI, ada pasang surutnya.. walaupun agak nakal tp still mendengar kata, punyai prinsip hidup dan matlamat tersendiri. mengiburkan walaupun adakalanya menyakitkan jiwa.. hahaha
FARHAN, seorang yang matang, nampak jek agak pendiam tp bila bersuara dan mengeluarkan idea dan pendapatnya memang terbaik
HAYATUL, kuat senyum n ketawa.. apa yang digelakkan pon tak tahu la.. nak kena "ketuk" baru tersedar, namun gadis ni la banyak memahami keadaan semasa walaupun adakalanya kelihatan blur..
HIDAYAH, gadis yang pendiam, walaupun diam tapi garang! hahaha
lima orang pelajar tu la yang banyak bantu aku sepanjang hidup sebagai guru pelatih, walaupun kelas hanya 13 orang, yang agak rajin belajar cuma beberapa orang jek. tapi yang lima orang ni la rapat hingga ke luar kelas.. hahaha..
oh ya! tak lupa pada si penglipurlara yg sorang ni...
AIMAN, nampak macam blur, tapi bila melawak leh terburai isi perut sbb terlebih gelak.. suka fikir d luar kotak pemikirannya walaupun kadang2 rasa mcm tak logik jek!

sejujurnya, biarlah kalau apa orang nak kata pon, mereka tu la yang banyak mewarnai hidup ini..
kombinasi Azlan dan Aiman memang menggegar organ dalaman!
kepada student yang lain, ada sebab kenapa saya kurang layan kamu semua..
 layan still layan tapi nak hang out mcm dengan orang tu sorry! hahahaha

terima kasih 
Azlan, Aiman, Hayatul, Hidayah, Paan, Syahmi, dan lain-lain
kerana menceriakan hari2 saya :)

Monday, August 26, 2013

hati-hatilah dengan hati kita...

semakin lama kita mengenali seseorang,
maka semakin banyak dugaan yang perlu kita lalui,
makin bertambahlah kenangan terindah bersamanya,
dan semakin susahlah untuk kita melepaskannya...
apatah lagi untuk melupakannya nanti...
oleh itu,
HATI-HATI dengan HATI kita..

Tuesday, August 20, 2013

andai ini kesudahannya

andai ini kesudahannya
aku redha
redha dengan apa yang terjadi
mungkin aku terlupa
hakikat sebuah kehidupan
aku akur dengan takdir lukisan sebuah kehidupan
aku rela mengundur diri
semoga kau berbahagia di sana

Wednesday, July 17, 2013

Pengalaman Praktikal - Part 1

              akhir Februari 2013, aku menjejakkan kaki untuk pertama kalinya di SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.. yela kan sebagai insan baru, aku rasa aku da "kosongkan gelas" yang aku bawa untuk aku penuhi dengan "air" yang baru.. awalnya memang aku bersemangat sangat-sangat bila melihat bangunan sekolah yang tersergam indah, dengan harapan segalanya indah belaka... di sini, aku dipertemukan semula dengan guru kaunseling sewaktu aku di zaman sekolah dulu, Pn. Hajah Hanita.. waktu tu Allah jek yang tahu perasaan aku.. gembira tak terkata, memandangkan beliau masih mengenali diri ini dan sekurang-kurangnya aku jadi 'kuat' untuk hadapi hari seterusnya.. memang aku berbangga kerana dpt berjumpa dengannya, sbb beliaulah yg banyak beri nasihat pada diri ini sewaktu tamat SPM.. tq Allah atas segala-galanya
               perjalanan hidup aku di sekolah baru memang mencabar, ye sangat mencabar tak sama seperti mana yang pernah aku lalui selama 4tahun menjadi GSTT dulu... dalam kepala aku da set mind, sekolah rendah ngan sekolah menengah tak sama. aku kena bijak memainkan peranan dan kena gunakan segala ilmu yang telah dipelajari.. memang aku akui, minggu pertama aku di situ, aku seakan-akan putus asa.. ye aku hampir GIVE UP! tak tahu kenapa, tapi aku anggap segalanya sebagai cabaran untuk aku.. aku sembunyikan segalanya dengan hanya memberikan SENYUMAN saja.. aku hipokrit ke? tak kan? akhirnya dengan segala kekuatan yang ada, sedikit demi sedikit aku bangun untuk menyahut cabaran baru... ingat lagi pesan arwah abah, 'LONG, JADIKAN BUDAK-BUDAK TU MACAM KAWAN, AJAK DORANG DAN TARIK DORANG MINAT BELAJAR, JANGAN DI LAWAN NANTI TAK JADI APA PON' kerana kata-kata itulah aku bangkit dan teruskan perjuangan...
             namun, di saat aku baru 'hendak selesa' untuk berdiri di sekolah itu, Allah duga aku lagi.. minggu ketiga, di saat aku d berikan tugasan untuk melatih dan mengawal persembahan senam aerobik, aku d duga dengan kehilangan abah tersayang.. sungguh.. waktu itu aku rasa bagaikan aku ingin masuk dan ikut abah dalam kubur... hilang segala tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku bertanya dan tempat aku meminta pendapat... alhamdulliah... saat Allah turunkan ujian, Allah juga bantu aku... entah kenapa, aku seakan dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, aku sempat pesan pada Syahmi, sempat beri duit makan pada Azlan... ye segalanya bagaikan di rancang tanpa aku duga.. 
              Jumaat, 1 Mac 2013, memang detik dan saat yang sukar aku lupakan seumur hidup aku... abah d masukkan ke hospital, pagi tu sempat lagi aku sms abah n bertanya khabar. aku sempat bgtahu abah aku akan jaga abah ptg jumaat tu, namun hajat aku tak kesampaian.. jiwa aku memang tak tenang waktu d sekolah, tapi aku kuatkan semangatku, aku tetap tersenyum walaupun dalam hati ini bergelora... Allah pinjamkan kekuatan untuk diri ini.. aku ingat lagi, Syahmi minta aku stay petang tu utk menyaksikan latihan terakhir mereka, namun aku tolak secara lembut, nasibaik mereka memahaminya.. tepat jam 12.30 aku terus balik dan pergi ke hospital, saat tu hanya Allah saja yang faham apa yang aku rasakan.. berapa kali aku cubit pipi aku untuk aku pastikan yang aku bukan bermimpi, ye selama ini aku bagaikan menyaksikan drama di tv saja, namun kini aku yang hadapi depan mata sendiri.. saat azan zohor berkumandang di masjid Abu Bakar, saat tu juga abah menemui ajalnya... aku bagaikan layang-layang terputus talinya.. tergamam seketika.. tika dan saat itu aku tak tahu nak buat apa... hanya memandang jasad abah dan memohon keampunan darinya.. sungguh aku sedih sbb abah tak sempat bersama-sama aku konvo untuk kali kedua.. aku bersyukur kerana pelajar yang aku baru kenal beberapa minggu memahami keadaan aku, mereka pandai bawa diri...segala tanggungjawab yang di amanahkan untuk hari merentas desa aku tinggalkan.. aku tak tahu apa pandangan orang, namun apa kan daya, bukan kehendak aku untuk semua ini.. aku juga bersyukur ditemukan dengan pelajar yang bertanggungjawab walaupun adakalanya mereka menyakitkan jiwa aku... Syahmi, Azlan, Farhan, Aiman... terima kasih atas kerjasama yang korang berikan waktu tu.. Syahmi n Azlan, tq atas kata2 sokongan n nasihat korang saat sy kesedihan *lap air mata..... SAMBUNG next time*

Monday, July 15, 2013

setelah setahun....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hurm.. agak lama da tak update blog..
setahun baru nak jenggah?
belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kan? :)

setahun berlalu
pelbagai onak duri dan segala rintangan yang aku lalui,
namun siapalah aku untuk menolak segala takdir yang telah tersurat?
kenangan demi kenangan
pengalaman demi pengalaman
tak terluah dek kata-kata
tak terucap dengan perasaan ini...
namun aku bersyukur masih di beri kekuatan untuk aku menempuhi segalanya..
ada suka ada duka
ada yang datang dan ada yang pergi tak kembali..
segalanya aku hadapi demi sebuah kehidupan ini..
dugaan datang silih berganti
namun aku harus tabah untuk menempuhi segalanya...
aku panjatkan doa agar Allah terus berikan aku kekuatan untuk hadapi segala rintangan...
semoga RAMADAN kali ini lebih bermakna buat kita semua...