Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Wednesday, June 30, 2010

~takde motif~

duuushh....
sesungguhnya aku sgt tak suka bila perasaan mcm nih terjadi pd aku!! tp npe nih? smpai skrg aku takde jawapanya..
ya Allah, permudahkanlah segala urusan harianku..

nape ngan ati ini?? bersabarlah iza.. bersabar...
kuatkan semangat tu..
hidup mesti d teruskn!!
chaiyok3..
*aku rasa mcm org tak betul pon ada nih...aduyai..tlgla pergi ngan cepat~~~

pd anak2 muridku, maafkan saya...saya marah kamu semua..
kepada org2 d sekeliling sy, apa salah saya?? smpai sy jd mcm nih??

Ya allah, apa yg aku merepek nih??? p mkn kerepek la..
sesungguhnya..sejak semenjak nih aku bkn berada dlm diri aku sndiri!!
kembalikanlah diriku yg lalu :'(

Monday, June 21, 2010

...andai saja semalam itu milikku...

kenapa dengan semalam? ada apa dengan semalam? oh.. semalam mungkin ada kenangan manis kot... atau mungkin ada kenangan pahit yang cuba dimaniskan dengan berlakagak tenang atau tersenyum senang?
mungkin...
kehidupan adalah pencarian,
bagi segala jawapan...
jawapan? jawapan apa pula nih? jawapan yang tak pasti.. terkenang peristiwa itu.. alangkah indahnya jika ia tidak dimulakan.. tak payahlah nak diakhirkan.. tapi, perlukah perhubungan, silaturahim atau persahabatan itu berakhir?
~bila bertaut senyuman, mata berlirikan,
memancarkan keluhuran, cerah kesederhanaanmu,
seindah kejujuranmu,
detik seia sejiwa,
terungkap setia, tiada upaya sepi,
mekar kudup penantianku,
hadirnya teman sejati~
teman sejati? yeke...atau sekadar berpura-pura? yang dicari payah untuk ditemui. namun, hakikatnya memang tidak kutemui, di manakah dia di saat aku memerlukan? wajah siapakah yang aku cari?
"duduk keseorangan teringat-ingat,
dari pagi bawak ke petang,
umur jangan di kira sangat,
janji awak semakin matang."
perlukah umur menjadi persoalan? kebahagiaan itu diukur melalui umur? adakah semakin berumur semakin bahagia atau jurang perbezaan usia membataskan kebahagiaan? bukankah kebahagiaan itu kita yang akan cipta?
~kau datang dan pergi begitu sahaja,
semua ku terima apa adanya,
mata terpejam dan hati mengguman,
di ruang rindu aku menunggumu~
sesuka hati kau je wat aku begitu kan?? apa ingat aku takde perasaan ke?? hey! ke kau yang tiada perasaan sebab tu sesuka hati kau saja nak wat apa kan? ye.. aku tahu...
....aku rindu, sayang kamu....
....but i'll let u go my dear....
pergilah andai itu yang kau pinta, pergilah andai itu yang kau suka, larilah jauh dariku, larilah dikau dan terus berlari, aku melepaskanmu tanpa rela.
"dari jendela tidak dapat lagi melihat wajahmu,
siang..
hanya terpandang hijau padang luas terbentang,
malam..
hanya kegelapan dimata terhidang.
janji itu,
ibarat padang yang melukakan hati,
namun pedang itu,
tidak mampu memutuskan,
rasa hati ini terhadapamu,
jika tidak kerana sayang,
kuntuman rindu tak mungkin berkembang.
rindu? bukan salah aku. tu satu perasaan suci datangnya dari Allah. tidak aku pintu pun untuk rindu kau..ingatlah..
~akan ku bawa cintamu,
walau ke mana meskipun ia bukan milikku lagi~
akan ku korbankan jiwa dan ragaku demi kebahagiaan kau. walaupun payah untuk aku terima, hakikatnya sudah pun aku lalui.
"hari ini kita mengilai ketawa,
esok, mungkin sebak berderai air mata"
itulah yang terjadi kepadaku. namun, mengapa aku perlu tangasi lagi sedangkan kau tersenyum bahagia? ku korbankan perasaan ini, hanya kerana kau yang ku cintai..
andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki?
cinta seumpama kota kristal,
indah di penglihatan,
derita di perasan.
tapi mengapa aku harus menderita? itulah hakikat sebuah kehidupan. orang senang berkata, senang juga beri nasihat tapi yang menangggungnya saja yang tahu segalanya.. cakap memang senang semudah ABC 123 tapi cuba laluinya..apa yang kau rasa?
~ dalam hidup ini, kita akan hadapi kehilangan,
sama ada kita akan ditinggalkan,
atau kita yang akan meninggalkan~
Huh~~ kalau kita ditinggalkan meranalah seluruh badan, tapi mengapa harus merana? biarlah kita rasakan kita yang meninggalkan meskipun kita ditinggalkan agar kita berbahagia seperti si dia. bersabarlah hati..
"Allah tidak akan mengujimu dengan ujian ini, kerana Dia tahu kamu mampu menghadapinya, tetapi dia mengujiku kerana tahu aku mampu menghadapinya."
sabar kunci segalanya, tapi setakat bersabar dengan kata-kata tidak pernah dikota,payah juga.. hari ini bersabar esok mula rebah? hmm...
~jika aku tidak dapat melihat kau lagi,
aku ingin melupakan semuanya tentangmu,
setiap kali aku merinduimu,
aku jatuh terkedu begini,
walaupun aku cuba melupakanmu,
aku tidak mampu...
aku tidak menyangka,
untuk menyintai seseorang perlu bersusah payah sebergini~
Ya Allah, alangkah gembiranya kalau aku diberi kuasa untuk putarkan masa kembali. tapi mesti kucar kacir jadinya nantikan?? hmm... akukah manusia yang tidak pandai bersyukur?
...andai saja semalam itu milikku...
satu jam saja,
ku telah bisa mencintai dirimu di hatiku,
namun bagiku,
melupakan kamu perlu waktu seumur hidupku,
satu jam saja ku telah bisa menyayangi kamu di hatiku,
namun bagiku,
melupakanmu perlu seumur hidupku.
oh tidak!!! aku harus kuat, aku harus tabah, aku harus sabar.. semuanya aku harus buat..buat untuk diriku sendiri.
~mengapakah kita tidak seperti dulu?
penaku menggambarkan hatiku,
hatiku kini kosong,
mungkinkah...
kosong membawa gembira?
atau kosong membawa kesedihan?
adakah kosong ini membawa semangat?
siapa dapat memenuhi hatiku,
siapa dapat menjelaskan kekosongan hatiku?
kini..
diriku lebih berfikir seorang,
aku mahu semangat,
semangat yang telah hilang,
hilang dari diriku,
dari jasadku..
ya.. aku harus positif.. aku harus bersemangat..aku harus berusaha.. wah.. berkobar-kobar ku rasakan...aku harus buktikan..
~kegagalan semalam berpunca daripada kejayaan hari ini~
..i'm not really myself that u know before..
..a lot stronger, a lot bravery..
..but still a bit sewel..
..still..
ya...apa yang aku mahu hanyalah,
~~kebebasan umpama burung-burung yang berterbangan~~

Wednesday, June 9, 2010

~mungkinkah ada hari esok untuk kita?~

hari tu kita jalan sekali..
bersama-sama.. riang gembira..
best kan jalan sambil bergurau senda??
tapi kan lagi best bila..
awak kasi hadiah itu,
itu lah hadiah yang paling saya suka..
yang saya tak akan lupakan..
senyuman manis awak..

esok-esok kalau saya dah tak leh jalan lagi bersama awak,
saya nak awak iringi saya pula,
masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak macam selalu,
awak yang kena datang pada saya,
janji ye datang dengan seikhlas hati awak,
masa tu gak saya nak adiah daripada awak..
bukan senyuman awak lagi..
segalanya dah tak bermakna bagi saya..


saya nak AL-FATIHAH..
saya nak awak yang bacakan untuk saya..
sebab masa tu saya dah tak boleh baca sendiri lagi..
tolong ye..
maafkan semua salah silap saya,
halalkan segala makan minum saya,
pastu...
bila orang letak saya bawah papan,
awak mesti janji ye..
awak jangan menangis..
awak jangan cari saya lagi..
sebab saya dah tak boleh tegur awak lagi..
janji ye..
hari-hari saya nak doa dari awak,
dari keikhlasan hati awak..
supaya saya tenang abadi,
di sana nanti...

Tuesday, June 8, 2010

~hidup perlu d teruskan~~

kalau aku tahu bergini jadinyer tak akan aku bercinta dahulu..
tapi ape kan daya, aku hanyalah seorang wanita, yang memiliki hati dan perasaan.
seperti wanita lain di dunia ini.. mengapa semua ini harus terjadi pada ku?
mungkin bukan padaku seorang,
pada orang lain juga,
tapi mengapa mereka tabah mengarungi dugaan dan cabaran ini.
aku juga harus tabah menghadapinya..

perkara yang paling menyeksakan adalah apabila ingin melupakan seseorang.
seseorang yang kita sayangi..
lebih teruk kalau kita terlalu banyak kenangan pada insan tersebut.
kenangan? mungkin tak akan terhapus dari kotak memori kita..
ia kekal berada disana sehingga hayat kita.
semakin jauh kita cuba untuk melupakannya,
semakin dekat pula ia datang menghampiri kita membuatkan kita semakin rindu padanya..

begitulah hakikat sebuah kehidupan..
untuk menjalinkan perhubungan itu amat mudah..
mungkin dengan salam perkenalan, ia mula membibitkan rasa sayang dan seterusnya..
tetapi,
kenapa amat payah untuk kita lupakan bila terjadinya satu perpisahan...
benar kata orang, penantian satu penyiksaan...
lebih terseksa menghadapi saat perpisahan kan?
kalo takut di lambung ombak, jgn berumahkan di tepi laut,
kalo takut menghadapi perpisahan, jangan mudah membina sebuah perhubungan istimewa..
tapi sampai bila?
hidup perlu diteruskan..
dalam hidup ini kita memerlukan sikap toleransi,
kerana sifat membenci itu akan menyakitkan jiwa,
menyesakkan nafas dan boleh membunuh kebahagiaan kita...
sebaliknya sifat menyayangi mungkin akan mendamaikan jiwa, melegakan nafas dan membahagiakan kita.
namun kita wajib melupakan seseorang atas sebab-sebab tertentu,
bukan di sebabkan dia tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi untuk mengingatinya..
ingatlah cinta itu akan kembali kepada kita suatu hari nanti,
mungkin daripada orang yang pernah kita cintai dulu,
atau dari orang lain...
ALLAH tidak akan membiarkan kita bersendirian..
jadi bangkitlah dari kegagalan..
kegagalan pada hari ini tidak bermakna kita akan terus kecundang..

Monday, May 24, 2010

~kau yang bernama lelaki~~


kau yang bernama lelaki,
andai suatu hari nanti,
kita ditakdirkan hidup bersama,
melayari bahtera kehidupan ini,
usahlah kau mimpikan selautan sutera kehidupan,
usahlah dikau igau kasih sayang yang menggunung tinggi,
juga usahlah dikau mengharapkan,
kesempurnaan yang mutlak dari diriku ini..




akuilah hakikat yang tersurat,
aku bukannya SITI KHADIJAH,
mahupun permata SITI FATIMAH,
aku juga bukannya SITI AISYAH,
mahupun UMMUL MUKMININ yang lain...
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH,
wanita suci yang terpuji,
juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM,
MARSHITAH...ataupun UMAIYAH..


kau yang bernama lelaki,
mengertilah dengan waras keislaman,
aku hanyalah wanita di akhir zaman,
yang cuba mempertahankan maruah,
serta kesucian diri,
sebagai seorang muslimah,
berlandaskan garisannya..

kau yang bernama lelaki,
demi keranaNYA semata-mata,
tak ku tagih apa-apa darimu,
tak ku pinta harta menggunung tinggi,
cuma ku pohon sebuah pengertian,
kasih sayang nan suci,
bahawa aku adalah amanah buat dirimu..
sekirannya kita ditakdirkan bersama...

Saturday, May 22, 2010

keghairahan berfesyen??

sejak semenjak nih aku suka sgt tengok orang bertudung fesyen ala-ala minah arab.. cantik sgt ke?? ada yang cantik gak, ada yang pakai sekadar mengikut trend..ish..tak baik tol aku nih, apa yang penting nawaitu kita mesti betul kan?? hurm.. kalau korang semua perasaan, tudung ala-ala minah arab tu mesti bersanggul ek? tertoncet tinggi gitu.. ada yang wat kmas, nampak cntik la..ada yang hampeh...huhuhu..

(sekadar hiasan...ni la gaya ala-ala minah arab ;P )
aku selalu bertanya2. tp dlm ati jek la, tak tahu nak tnya kat sape, mcmane diaorang wat sanggul setinggi tu?? kdng2 aku terpk bhwa rambut mereka panjang.. ish.. tak panas ke rmbut panjg2 mcm tu.. tp kdng2 aku pk mereka sanggup simpan rambut panjang semata2 nak berfesyen..aisymen.. berapa byk da aku nak pk..biarlah ~~sebenarnya aku jeles sbb aku pnh gak wat sanggul mcm tu, tp tak jadi pon~~hahaha... tp sekarang nih aku da tahu mcmane diaorang wat sanggul mcm tu.. ceh! tipu semata2..palsu semata2..dengan erti kata lain, mereka pakai rambut palsu...eh, bkn ke berdosa pakai rambut palsu.. tak kan la nak melaram smpai sanggup ke tepikan soal agama plak kan?? bak kata nabil...lu pk la sendiri ;p

( ni contoh sanggul yg aku jumpa dlm 1 blog...patutlah bonggolan yer beso..hihi )
(bila da pakai mcm nih, barula bonggolan tu menjadi ek)

arini aku tersentak.. terkujat bila baca artikel2 kat blog2 org.. maklumlah sejak ada hobi baru nih, aku suka plak menambah ilmu..hihi.. kelebihan memblog ek?? hurmm... berpegang pd kata-kata sharing is caring, aku nak share sesuatu la.. renung2kanlah n hayatilah hadis ini..

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. wanita-wanita mereka ( isteri mereka atau anak perempuan ), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis dan ketat ). di atas kepala mereka pula ( wanita ) terdapat bonggolan ( sanggul atau tocang ) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. oleh itu laknatlah mereka semua. sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat".... hadith riwayat Ahmad, jil.2


tu petikan hadis, rasulullah s.a.w pun pernah bersabda yang berbunyi..

"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala meraka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" .. hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

Ya Allah, dalam keghairahan kita berfesyen, kita tak sedar segalanya telah d jelaskan dalam al-quran atau hadith... walaupun aku memang kurang arif tentang agama, tapi bab2 mcm nih kena amik kira gak kan?? mungkinkah tanpa kita sedari, semua nih tanda-tanda dunia akhir zaman? arap2lah diriku tidak terjebak dengan fesyen mcm nih...apa yang penting, tepuk dada, tanyalah diri sendiri...

Thursday, May 20, 2010

ku rela kau pergi..

awak,
dulu kita selalu bersama,
suka duka dikongsi bersama,
bila awak keseorangan, saya selalu menemani awak,
bila awak dalam kesusahan, saya sudi membantu awak,
bila awak dalam kesedihan, saya akan cuba menceriakan hidup awak,
bila awak diserang kesakitan, saya caring terhadap awak,
awak tahu kenapa semuanya?
saya ingin awak bahagia,
saya ingin awak selesa,
saya ingin awak gembira,
saya ingin awak rasa,
bahawa saya amat menyayangi awak,
kasih itu datang tanpa saya duga,
kasih itu datang tanpa dipaksa,
kasih itu datang tanpa saya pinta.
tapi awak??
menutup segalanya..
hanya kerana saya tiada rupa?
tak kan saya hendak mengubah segalanya,
siapalah saya untuk melakukannya..
awak,
kini saya sedar,
saya mengerti, saya rasai,
kasih awak bukan untuk saya lagi,
kasih awak hanya untuk si dia,
menyayangi awak sepanjang hayat saya,
tidak pernah saya menyesali,
tak akan saya lupakan..
terima kasih atas segala perhatian selama ini,
saya akan undur diri,
melepaskan awak pergi, jauh dari sudut hati ini.
andai suatu hari nanti,
awak telah dilukai,
saya sedia menanti di sini,
kerana saya tidak akan berhenti
untuk menyayangi diri awak lagi..


Sunday, May 16, 2010

~Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu~~



16 Mei datang lagi..setiap kali tarikh ini, aku pasti akan teringat zaman-zaman persekolahan.. daripada seorang yang kosong ilmu pengetahuan, kini aku berbangga menjadi diriku walaupun kadang kala aku sendiri keliru dan kurang memahami tentang diriku.. baru aku sedari, terlalu banyak pengorbanan seorang guru, baru kini aku mengerti perasaan seorang guru..
Jika dahulu, aku tidak pandai membaca, tidak mengenal apa itu ABC, 123, alif ba ta.. tapi kini aku berbangga kerana dapat mencurahkan ilmu yang aku dapat daripada seorang guru pada satu ketika dahulu. Cikgu, satu nama yang besar dalam hidupku, mengimbas kembali saat-saat aku bergelar murid seawal tahun 1990 di tadika Tungku Syariah,Larkin JB di mana di situlah bermulanya saat di mana aku mengenal rupa bentuk huruf dan angka di dalam buku, belajar bergaul dan berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain.. setahun di sana, aku meneruskan pembelajaran sehingga darjah enam di Sek. Keb. (Per) Bandar Tinggi, JB dan sehinggalah tamat tingkatan 5 di SMK IJ Convent JB.. suka duka, ilmu pengetahuan dan pengalaman banyak aku timba di sana, bukan sekadar ilmu di dalam buku, cikgu curahkan, tetapi ilmu keduniaan serta nasihat yang berguna untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini telah aku pelajari sejak d bangku sekolah.



Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah di KMNS dan KUSTEM yang pernah mendidik aku tanpa jemu.. membimbing aku menjadi seperti sekarang.. tanpa mereka yang bergelar pendidik, tidak mungkin aku mampu berdiri seperti mana aku berada sekarang.. jasa dan budi baik semua guru-guruku tidak akan aku lupakan walaupun sekelumit..

Kini, aku mengerti, aku menyedari, aku merasai..
Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik, seorang yang bergelar guru, yang akan menentukan masa depan generasi masa hadapan. Jika dulu, aku memerhatikan sahaja segala tindakan guru, pandai membuat ulasan mengenai seorang guru, suka melabelkan seorang cikgu, kini aku merasai perasaan yang sama seperti mana cikgu aku dulu rasakan.. mengajar tanpa mengira bangsa, mendidik tanpa mengira masa sehinggakan terpaksa berkorban masa demi melayan kerenah anak didiknya..

Cikgu, terima kasih cikgu. Ketabahan cikgu, kecekalan cikgu menjadi inspirasi buat diri ini.. berdepan dengan murid dalam kelas buat aku menyedari, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa di hadapi. Sebagai guru, aku mesti sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan, sehinggakan terpaksa mengabaikan masa untuk diri sendiri.. terima kasih cikgu, atas didikan yang cikgu berikan, tanpa cikgu tiadalah saya seperti mana saya pada hari ini..

Saturday, May 15, 2010

demam adamaya..

berakhir sudah kisah adamaya.. eppy ending...wat jiwa aku sgt-sgt tersentuh.. sejak aritu lagi tertanya-tanya, dalam dunia realiti nih ada ke insan sebaik adam?? setabah adam?? ish.. mesti susah nak cari kan?? kalo la aku berada d tempat maya, akan ku setia jika bersuamikan insan sebaik adam..


cite tu sgt menarik di tambah pula dengan budak yang comel..amani.. kecomelan wajah dia, sgt2 suka untuk aku pndang.. kalo la amani ada depan aku... Ya Allah, habis dia aku cubit-cubit manja.. hihihi..tahniah adik amani kerana berjaya menjayakan watak tersebut..


tup-tup..abis jek cite adamaya, kat fesbuk ada plak kuiz "watak adamaya yang sesuai dengan korang" dengan tak berfikir panjang, aku pon try la jawab kuiz tersebut dengan sejujur yang boleh..hihihi.. realiti kehidupan atau semuanya secara kebetulan ye??? hurmm apa keputusan kuiz tu???


"kau seorang yang cukup sempoi dan memang best dapat kawan macam kau ini. nasihat kau semua boleh pakai walaupun cara kau cakap tu macam selambee je. kau seorang yang jujur bila orang tanya pendapat kau. tak kisah lah kalau orang tu kawan baik kau sendiri. kau berpegang pada ayat mencintai tak semestinya memiliki. kau dah cukup bahagia tengok orang yang kau cinta bahagia. ada masanya kau buat lawak sampai orang pon tak sure kau nih boleh jadi serius ke tak.."


wah..aku rasa mcm bertepatan dgn diriku plak..happy ke aku? aku akan cuba bahagiakan orang d sekelilingku walaupun diriku terluka ;P bahagia bila tgk org yang aku sayang hidup bahagia walaupun diriku mendendam rasa.. aku pasti, aku yakin kebahagian hak milik setiap orang.. mungkin d takdirkan aku lambat menerima kebahagian itu, tapi aku arap ia akan kekal milikku buat selama-lamanya.. aku akan cuba jadi seperti watak mika, yang selamba, ceria n masa yg sama akan bantu insan-insan lain d sekelilingku..


harapanku hanya satu, aku mampu miliki kebahagiaan itu seperti mana insan yang lain milikinya.. ;P

ada apa dgn blog??

ada apa dgn blog? ntah la aku pon tak tahu.. blog hanya curahan rasa d kala kesepian? ye ke?? masing-masing punya alasan sendiri kenapa menulis dlm blog kan??


bagi aku? blog hnyala tempat aku mencurah rasa, mengasah bakat dan mengisi masa lapang.. ada ke masa lapang?? hurmm..aku akan try aktif untuk menulis blog untuk mengasah bakat yang ada.. berbakat kah aku?? hihihi.. apapun biarlah blog berbicara ;P