Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Saturday, December 31, 2011

Slmt tinggal 2011, slmat dtg 2012~~

2011 hampir melabuhkan tirainya..
segala pengalaman, suka dan duka,
kini jadi kenangan.
apa pun yang terjadi, 
hidup perlu di teruskan.

kepadamu teman, kawan dan sahabat,
terima kasih aku ucapkan,
kerana bersama-samaku sepanjang perjalanan hidup ini..
kepadamu lawan,
terima kasih atas segala kritikan,
tanpa kritikan itu aku xmungkin mengenali diriku.

apa pun yang terjadi,
kehidupan perlu diteruskan..
selamat datang 2012
aku menanti kehadiranmu,
dengan penuh harapan,
agar tahun ini aku diberi kekuatan,
untuk menghadapi segala dugaan,
Ya Allah,
restuilah perjalanan hidupku ini,
permudahkanlah segala urusanku ini,
tunjukkanla aku jalan kebenaran..

SELAMAT TAHUN BARU TEMAN..

Monday, December 5, 2011

explorer race 3hari 2malam -PART 1-

26 November 2011, 

seawal 5.30 pagi aku da bangun.. gara2 excited nak mulakan pengembaraan yang kononnya penuh mencabar.. 7.30 pagi aku ke Kampung Rimba Terjun, dengan Abidah kawan time matrik sbb nk penuhi undangan bestfriend kami... pengantin minta temankan time dia nikah...gluupp... tercabo skit aku rs, sbb aku mmg xsuka tgk org nikah.. sebak beb!! (bkn sbb aku jeles, tp kalo majlis kt johor kan ada part keluarga sakinah.. lafaz2 tu yg wat aku xtahan sebak....) *kantoi plak*

habis pengatin d nikahkan, 3 anak dara tu tak sampai2 lagi.. lambat tol.. ntah2 sesat..tungu punya tunggu nasib baikla sampai gak KCS tu dengan selamatnya.. masing2 wat muka blur, terutamanya SYIDA.. hahaha.. rupanya dia xpnh g kenduri org johor... (Tunggu kenduri aku tau).. bak kata seorang kawan, kawen dgn org Johor ni byk "kejanya" tu aku akui... huhu...

permulaan explorer race sgt slow..

gambo ngan pengantin.. hehe..

kami nak amik berkat!! nak kawen gak...

pratice2 cara2 nak tepung tawar.. hahahaha


khas utk wanita yg pertama kali melakukannya..

sure korang tak percaya benda ni yg akn aku post utk entry kali ni.. tp sesekali post benda ni, menarik apa.. meh kita baca bersama-sama ^_^

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam-dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilex, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau-kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda iaitu.....













































"CABUT GIGI" 


* HAH!! INGAT BENDA LAIN LA TU!! 
~~g scan otak anda warna apa~~


HAHAHAHAHAHA~~~
psstt.. jangan marah ye...! PEACE ^_^

Sunday, December 4, 2011

..kamu bukan untukku...

semuanya bukan salah kamu,
jika kamu pergi kepadanya,
kerana kamu tak pernah tahu,
bahawa aku amat mencintai dirimu,
pergilah sayang,
aku merelakannya,
kerana..
aku tak mampu bersaing dengannya,
hanya kerana untuk mendapatkan dirimu,
pergilah dan jangan berjumpa denganku lagi,
kerana aku tak sanggup lagi,
untuk menahan kesakitan ini..
aku fahami apa yang kamu rasa,
air mata yang mengalir,
di wajahmu itu,
menceritakan segalanya,
maafkan aku,
mungkin bukan jodoh kita,
sampai satu saat nanti,
kamu akan fahaminya jua..

...ku akui, hadirmu cinta nan terindah yang pernah aku miliki...
terima kasih atas segalanya