Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Wednesday, June 30, 2010

~takde motif~

duuushh....
sesungguhnya aku sgt tak suka bila perasaan mcm nih terjadi pd aku!! tp npe nih? smpai skrg aku takde jawapanya..
ya Allah, permudahkanlah segala urusan harianku..

nape ngan ati ini?? bersabarlah iza.. bersabar...
kuatkan semangat tu..
hidup mesti d teruskn!!
chaiyok3..
*aku rasa mcm org tak betul pon ada nih...aduyai..tlgla pergi ngan cepat~~~

pd anak2 muridku, maafkan saya...saya marah kamu semua..
kepada org2 d sekeliling sy, apa salah saya?? smpai sy jd mcm nih??

Ya allah, apa yg aku merepek nih??? p mkn kerepek la..
sesungguhnya..sejak semenjak nih aku bkn berada dlm diri aku sndiri!!
kembalikanlah diriku yg lalu :'(

Monday, June 21, 2010

...andai saja semalam itu milikku...

kenapa dengan semalam? ada apa dengan semalam? oh.. semalam mungkin ada kenangan manis kot... atau mungkin ada kenangan pahit yang cuba dimaniskan dengan berlakagak tenang atau tersenyum senang?
mungkin...
kehidupan adalah pencarian,
bagi segala jawapan...
jawapan? jawapan apa pula nih? jawapan yang tak pasti.. terkenang peristiwa itu.. alangkah indahnya jika ia tidak dimulakan.. tak payahlah nak diakhirkan.. tapi, perlukah perhubungan, silaturahim atau persahabatan itu berakhir?
~bila bertaut senyuman, mata berlirikan,
memancarkan keluhuran, cerah kesederhanaanmu,
seindah kejujuranmu,
detik seia sejiwa,
terungkap setia, tiada upaya sepi,
mekar kudup penantianku,
hadirnya teman sejati~
teman sejati? yeke...atau sekadar berpura-pura? yang dicari payah untuk ditemui. namun, hakikatnya memang tidak kutemui, di manakah dia di saat aku memerlukan? wajah siapakah yang aku cari?
"duduk keseorangan teringat-ingat,
dari pagi bawak ke petang,
umur jangan di kira sangat,
janji awak semakin matang."
perlukah umur menjadi persoalan? kebahagiaan itu diukur melalui umur? adakah semakin berumur semakin bahagia atau jurang perbezaan usia membataskan kebahagiaan? bukankah kebahagiaan itu kita yang akan cipta?
~kau datang dan pergi begitu sahaja,
semua ku terima apa adanya,
mata terpejam dan hati mengguman,
di ruang rindu aku menunggumu~
sesuka hati kau je wat aku begitu kan?? apa ingat aku takde perasaan ke?? hey! ke kau yang tiada perasaan sebab tu sesuka hati kau saja nak wat apa kan? ye.. aku tahu...
....aku rindu, sayang kamu....
....but i'll let u go my dear....
pergilah andai itu yang kau pinta, pergilah andai itu yang kau suka, larilah jauh dariku, larilah dikau dan terus berlari, aku melepaskanmu tanpa rela.
"dari jendela tidak dapat lagi melihat wajahmu,
siang..
hanya terpandang hijau padang luas terbentang,
malam..
hanya kegelapan dimata terhidang.
janji itu,
ibarat padang yang melukakan hati,
namun pedang itu,
tidak mampu memutuskan,
rasa hati ini terhadapamu,
jika tidak kerana sayang,
kuntuman rindu tak mungkin berkembang.
rindu? bukan salah aku. tu satu perasaan suci datangnya dari Allah. tidak aku pintu pun untuk rindu kau..ingatlah..
~akan ku bawa cintamu,
walau ke mana meskipun ia bukan milikku lagi~
akan ku korbankan jiwa dan ragaku demi kebahagiaan kau. walaupun payah untuk aku terima, hakikatnya sudah pun aku lalui.
"hari ini kita mengilai ketawa,
esok, mungkin sebak berderai air mata"
itulah yang terjadi kepadaku. namun, mengapa aku perlu tangasi lagi sedangkan kau tersenyum bahagia? ku korbankan perasaan ini, hanya kerana kau yang ku cintai..
andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki?
cinta seumpama kota kristal,
indah di penglihatan,
derita di perasan.
tapi mengapa aku harus menderita? itulah hakikat sebuah kehidupan. orang senang berkata, senang juga beri nasihat tapi yang menangggungnya saja yang tahu segalanya.. cakap memang senang semudah ABC 123 tapi cuba laluinya..apa yang kau rasa?
~ dalam hidup ini, kita akan hadapi kehilangan,
sama ada kita akan ditinggalkan,
atau kita yang akan meninggalkan~
Huh~~ kalau kita ditinggalkan meranalah seluruh badan, tapi mengapa harus merana? biarlah kita rasakan kita yang meninggalkan meskipun kita ditinggalkan agar kita berbahagia seperti si dia. bersabarlah hati..
"Allah tidak akan mengujimu dengan ujian ini, kerana Dia tahu kamu mampu menghadapinya, tetapi dia mengujiku kerana tahu aku mampu menghadapinya."
sabar kunci segalanya, tapi setakat bersabar dengan kata-kata tidak pernah dikota,payah juga.. hari ini bersabar esok mula rebah? hmm...
~jika aku tidak dapat melihat kau lagi,
aku ingin melupakan semuanya tentangmu,
setiap kali aku merinduimu,
aku jatuh terkedu begini,
walaupun aku cuba melupakanmu,
aku tidak mampu...
aku tidak menyangka,
untuk menyintai seseorang perlu bersusah payah sebergini~
Ya Allah, alangkah gembiranya kalau aku diberi kuasa untuk putarkan masa kembali. tapi mesti kucar kacir jadinya nantikan?? hmm... akukah manusia yang tidak pandai bersyukur?
...andai saja semalam itu milikku...
satu jam saja,
ku telah bisa mencintai dirimu di hatiku,
namun bagiku,
melupakan kamu perlu waktu seumur hidupku,
satu jam saja ku telah bisa menyayangi kamu di hatiku,
namun bagiku,
melupakanmu perlu seumur hidupku.
oh tidak!!! aku harus kuat, aku harus tabah, aku harus sabar.. semuanya aku harus buat..buat untuk diriku sendiri.
~mengapakah kita tidak seperti dulu?
penaku menggambarkan hatiku,
hatiku kini kosong,
mungkinkah...
kosong membawa gembira?
atau kosong membawa kesedihan?
adakah kosong ini membawa semangat?
siapa dapat memenuhi hatiku,
siapa dapat menjelaskan kekosongan hatiku?
kini..
diriku lebih berfikir seorang,
aku mahu semangat,
semangat yang telah hilang,
hilang dari diriku,
dari jasadku..
ya.. aku harus positif.. aku harus bersemangat..aku harus berusaha.. wah.. berkobar-kobar ku rasakan...aku harus buktikan..
~kegagalan semalam berpunca daripada kejayaan hari ini~
..i'm not really myself that u know before..
..a lot stronger, a lot bravery..
..but still a bit sewel..
..still..
ya...apa yang aku mahu hanyalah,
~~kebebasan umpama burung-burung yang berterbangan~~

Wednesday, June 9, 2010

~mungkinkah ada hari esok untuk kita?~

hari tu kita jalan sekali..
bersama-sama.. riang gembira..
best kan jalan sambil bergurau senda??
tapi kan lagi best bila..
awak kasi hadiah itu,
itu lah hadiah yang paling saya suka..
yang saya tak akan lupakan..
senyuman manis awak..

esok-esok kalau saya dah tak leh jalan lagi bersama awak,
saya nak awak iringi saya pula,
masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak macam selalu,
awak yang kena datang pada saya,
janji ye datang dengan seikhlas hati awak,
masa tu gak saya nak adiah daripada awak..
bukan senyuman awak lagi..
segalanya dah tak bermakna bagi saya..


saya nak AL-FATIHAH..
saya nak awak yang bacakan untuk saya..
sebab masa tu saya dah tak boleh baca sendiri lagi..
tolong ye..
maafkan semua salah silap saya,
halalkan segala makan minum saya,
pastu...
bila orang letak saya bawah papan,
awak mesti janji ye..
awak jangan menangis..
awak jangan cari saya lagi..
sebab saya dah tak boleh tegur awak lagi..
janji ye..
hari-hari saya nak doa dari awak,
dari keikhlasan hati awak..
supaya saya tenang abadi,
di sana nanti...

Tuesday, June 8, 2010

~hidup perlu d teruskan~~

kalau aku tahu bergini jadinyer tak akan aku bercinta dahulu..
tapi ape kan daya, aku hanyalah seorang wanita, yang memiliki hati dan perasaan.
seperti wanita lain di dunia ini.. mengapa semua ini harus terjadi pada ku?
mungkin bukan padaku seorang,
pada orang lain juga,
tapi mengapa mereka tabah mengarungi dugaan dan cabaran ini.
aku juga harus tabah menghadapinya..

perkara yang paling menyeksakan adalah apabila ingin melupakan seseorang.
seseorang yang kita sayangi..
lebih teruk kalau kita terlalu banyak kenangan pada insan tersebut.
kenangan? mungkin tak akan terhapus dari kotak memori kita..
ia kekal berada disana sehingga hayat kita.
semakin jauh kita cuba untuk melupakannya,
semakin dekat pula ia datang menghampiri kita membuatkan kita semakin rindu padanya..

begitulah hakikat sebuah kehidupan..
untuk menjalinkan perhubungan itu amat mudah..
mungkin dengan salam perkenalan, ia mula membibitkan rasa sayang dan seterusnya..
tetapi,
kenapa amat payah untuk kita lupakan bila terjadinya satu perpisahan...
benar kata orang, penantian satu penyiksaan...
lebih terseksa menghadapi saat perpisahan kan?
kalo takut di lambung ombak, jgn berumahkan di tepi laut,
kalo takut menghadapi perpisahan, jangan mudah membina sebuah perhubungan istimewa..
tapi sampai bila?
hidup perlu diteruskan..
dalam hidup ini kita memerlukan sikap toleransi,
kerana sifat membenci itu akan menyakitkan jiwa,
menyesakkan nafas dan boleh membunuh kebahagiaan kita...
sebaliknya sifat menyayangi mungkin akan mendamaikan jiwa, melegakan nafas dan membahagiakan kita.
namun kita wajib melupakan seseorang atas sebab-sebab tertentu,
bukan di sebabkan dia tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi untuk mengingatinya..
ingatlah cinta itu akan kembali kepada kita suatu hari nanti,
mungkin daripada orang yang pernah kita cintai dulu,
atau dari orang lain...
ALLAH tidak akan membiarkan kita bersendirian..
jadi bangkitlah dari kegagalan..
kegagalan pada hari ini tidak bermakna kita akan terus kecundang..