Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Tuesday, July 24, 2012

J.A.N.J.I.


hari ini aku sedar,
bahawa janji itu cuma sebahagian daripada kata-kata,
dapat diubah,
boleh juga untuk dilupakan...
mereka yang menabur janji 
mungkin mudah untuk melupakannya,
tapi..
mereka yang menerima janji 
sampai mati akan terus mengingatinya,
ada waktunya,
janji juga boleh menjerut hati sendiri,
hanya semata-mata untuk
melihat kegembiraan orang yang kita cintai.
berhati-hatilah dalam melafazkan janji,
kelak kita yg akan merana nanti...

Sunday, July 22, 2012

mungkinkah ini Ramadhan terakhir?


Ya Allah,
banyaknya dosaku..
tak malunya aku...
masih berani menghirup udaraMu,
hidup dalam nikmatMu,
tapi aku tak berhenti-henti,
melakukan dosa di hadapanMu...
ampunilah daku Ya Allah,
bukakanlah pintu hatiku Ya Allah,
jauhkanlah aku dari seksa api nerakaMu...
aku bertaubat Ya Allah..
terimalah aku Ya Allah..

Saturday, June 9, 2012

menangislah...

menangislah jika itu buat kamu tenang,
menangislah jika itu bisa buat kamu senang,
menangislah jika itu yang kamu mahukan,
tapi ingatlah kamu bukan keseorangan dalam dunia ini..

menangislah,
jika itu yang membuat hatimu tenang,
kerana Allah kasihkan kita,
Allah ciptakan air mata,
menangis bukan sekadar kita bersedih,
tapi untuk meluahkan apa yang terbuku d hati ini..

tapi,
takde gunanya kau sesali,
takde gunanya kau meratapi,
tataplah masa depanmu,
bukan masa lalumu..
sekalipun engkau tak mampu untuk tersenyum,
cubalah untuk tersenyum,
agar dunia pun turut tersenyum untukmu..


..takde salahnya jika kita menangis, yang salah jika kita menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah.. yakinlah perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik buat kita.. cabaran dan dugaan yang datang menjadikan kita kuat untuk hadapi liku-liku sebuat kehidupan... TERSENYUMLAH WAHAI HATI YANG SEDANG BERSEDIH...

Saturday, May 5, 2012

..bukan milikku lagi...


apa yang terdetik di hatiku,
selalunya berlaku,
tapi nape perlu aku nafikan segalanya..
percayalah kata hatimu itu..
kepadamu teman,
terima kasih aku ucapan,
terima kasih atas nilai persahabatan yang telah kau berikan,
aku sedar Allah hanya pinjamkan kau untuk diriku,
segalanya telah di tarik semula,
mungkin kerana aku tak pandai bersyukur,
atau mungkin perancangan Allah itu lebih baik,
dari apa yang manusia rancangkan...
walaupun berat hati ini untuk menerima segalanya,
aku perlu tabah,
aku perlu sabar,
untuk menghadapi segala rintangan yang ada,
untuk melalui dugaan yang mendatang,
Ya Allah,
bantulah hambaMu dalam melayari hidup ini,
bimbingla aku agar aku tidak hanyut dan lalai dengan perintahMu,
berikanla aku kekuatan,
untuk hadapi segala yang mendatang..
aku redha andai ini yang terbaik bagiku...

Friday, May 4, 2012

...bertemu kembali...


assalamualaikum..
salam sejahtera..
harap-harap semuanya tenang2 sahaja...
hehehe..
lama plak tak singgah kat sini..
maklumla skrg ni agak bz skit setelah bergelar student smula..
takde apa nak ckap selain..
JARI JEMARI NI RINDU NAK MENARI-NARI DI KEYBOARD NI =)

Wednesday, February 1, 2012

merealisasikan impian...

daripada angan-angan kini hampir menjadi kenyataan.. walaupun belum mahir, tapi tak salah kan untuk belajar sesuatu yang baru =) berbekalan semangat dan yakin diri, aku bersama-sama teman baik cuba "bakat" dalam bidang perniagaan...


apa yg nak diniagakan?? semuanya tercetus daripada minat kami untuk membuat sesuatu yg unik.. hehe.. ni 1st projek aku..

apa yang aku buat?


ni contoh deco yang pernah di buat.. gambar ni time kawan aku kawen, kami buat deco skit kat rumah pengantin 


yang ni plak diaper cake untuk dijadikan hadiah.. Adam ni baru berumur setahun, apa ada dlm diaper cake ni? tuala, pampers, bear angry bird tu =) 
korang leh request apa brg nak letak dlm diaper cake tu berdasarkan budget korang sndiri.. 
so korang ada sesuatu yg unik nak d jadikan hadiah kan?


yang ni plak diaper cake untuk Kimi =) new born..
diaper cake ni bagi time kimi berusia seminggu =)
disebabkan kimi masih baby, kami letak banyak pampers.. hehhee
ada gak barangan bayi untuk kimi...

kalau korang nak tgk lebih lanjut, leh cari page kami kat fb.. taip jek "R.I Touch" insyaAllah keluarlah nanti, pastu click LIKE =)
diskaun akan d berikan kepada mereka yang bertuah =)