Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Monday, May 24, 2010

~kau yang bernama lelaki~~


kau yang bernama lelaki,
andai suatu hari nanti,
kita ditakdirkan hidup bersama,
melayari bahtera kehidupan ini,
usahlah kau mimpikan selautan sutera kehidupan,
usahlah dikau igau kasih sayang yang menggunung tinggi,
juga usahlah dikau mengharapkan,
kesempurnaan yang mutlak dari diriku ini..




akuilah hakikat yang tersurat,
aku bukannya SITI KHADIJAH,
mahupun permata SITI FATIMAH,
aku juga bukannya SITI AISYAH,
mahupun UMMUL MUKMININ yang lain...
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH,
wanita suci yang terpuji,
juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM,
MARSHITAH...ataupun UMAIYAH..


kau yang bernama lelaki,
mengertilah dengan waras keislaman,
aku hanyalah wanita di akhir zaman,
yang cuba mempertahankan maruah,
serta kesucian diri,
sebagai seorang muslimah,
berlandaskan garisannya..

kau yang bernama lelaki,
demi keranaNYA semata-mata,
tak ku tagih apa-apa darimu,
tak ku pinta harta menggunung tinggi,
cuma ku pohon sebuah pengertian,
kasih sayang nan suci,
bahawa aku adalah amanah buat dirimu..
sekirannya kita ditakdirkan bersama...

No comments: