Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)
Showing posts with label suka-suka je... Show all posts
Showing posts with label suka-suka je... Show all posts

Friday, May 4, 2012

...bertemu kembali...


assalamualaikum..
salam sejahtera..
harap-harap semuanya tenang2 sahaja...
hehehe..
lama plak tak singgah kat sini..
maklumla skrg ni agak bz skit setelah bergelar student smula..
takde apa nak ckap selain..
JARI JEMARI NI RINDU NAK MENARI-NARI DI KEYBOARD NI =)

Monday, December 5, 2011

khas utk wanita yg pertama kali melakukannya..

sure korang tak percaya benda ni yg akn aku post utk entry kali ni.. tp sesekali post benda ni, menarik apa.. meh kita baca bersama-sama ^_^

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam-dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilex, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau-kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda iaitu.....













































"CABUT GIGI" 


* HAH!! INGAT BENDA LAIN LA TU!! 
~~g scan otak anda warna apa~~


HAHAHAHAHAHA~~~
psstt.. jangan marah ye...! PEACE ^_^

Sunday, September 18, 2011

bersemak samun!!!

fuh.. akhirnya hari ini baru sempat online..
da bersemak samun, bersawang blog aku ni...
ada lagi kan hari raya..
so seikhlas hati nak ucapkan..
"selamat hari raya"
ampun maaf d pinta =)

Saturday, August 13, 2011

alkisah 10 Ramadan..

ada apa ngan 10 Ramadan??
takde apa yg menarik kecuali dapat berkumpul ngan kawan2..
tak kira lah time tu puasa ke, nak berbuka ke, kat tempat awam ke,
tetap MERIAH..
tq so much pada yg sudi datang dari jauh... Puan Bibi Marina n Puan Juliana bersama kawannya..
mak buyung...Puan Hayati bersama Encik Suami dan pengerusi majlis.. CIK Puan Safura bersama Encik Suami..
tak lupa pada anak dara!! hahaha...
Anne,  Ratna n Syam..
korang memang best!
ni adiah utk korang...



p/s~~~ aku upload gak kan pic korang.. pakej =)
sayang korang!!

Monday, July 11, 2011

wujud lagi ke??

teringat kembali kisah zaman-zaman dulu, indahnya waktu di alam kanak-kanak.. balik skolah kebangsaan, berebut nak g ngaji tapi kadang-kadang tu ponteng gak alasannya penat nak jalan kaki =) lepas jek azan asar da berebut plak nak g skola agama.. kadang-kadang tu terlebih rajin kul4 petang da g skola agama.. bukan jauh sangat pon.. tp apa ntah tang aku kejarkannya.. hehehe

kalo dulu kan, aku suka sangat g skola agama sbb dapat kejar moto yang jual mkanan kegemaran aku (time tu)


haaa... motor ni la yang aku kejarkan.. kadang- kadang tu kan menghampakan tau sbb sate ikan yang dijual da abis.. sbb tu kena datang awal..hahaha.. dulu sanggup simpan wit skola kebangsaan semata-mata nak beli sate ikan ni lebih... dia jual 20 secucuk.. SEDAP WOO... tak tipu.. 

abang tu siap tanya lagi, "kuah manis, kuah pedas?" mulut dia tak penat2 tanya soklan yang sama, tangan dia lincah wat keja, mengipas nak bakar sate tu, pastu celup2 sate dalam sos masukkan plastik, jual kt aku, amik duit masuk beg dia.. begitulah rutin harian dia.. 

tapi kan... sekarang ni ada lgi tak?? tetiba jek terasa sesangat nak makan SATE IKAN lagi.. nak yg mcm dulu2 punya.. kuah campur..sedapnya... yummmyyy!!



cam ini la rupa bentuknya.. yang ni lom d bakar lagi.. sbb lom "hangus" lagi.. hehehe.. kecur plak aku rasa...

p/s: sesiapa yang terjumpa moto yg jual sate ikan ni, bgtahu aku ek? terasa nak merasa sate ikan lagi la.. agak2 sama tak nilainya ngan zaman awal 90an dulu =)

Tuesday, July 5, 2011

indah lelapku..


selamat malam bulan,
terangilah malam ini agar tidak suram lagi,
selamat malam bintang,
temanilah malam ini agar hatiku menjadi tenang,
selamat malam sayang,
tidurlah dengan lena dan mimpikan aku datang,
hadir dalam mimpi syurgamu
dan temanimu hingga pagi nanti,
tidurlah sayang,
lena dalam mimpimu..

>>>hahahaha... mcmane leh terkuar kata2 ni, aku pon xtahu, melayan mata yang takleh nak lelap!.. <<
oh bulan, oh bintang,
temanilah malamku bersama mimpi2 yang indah..
lenakanlah aku dalam dakapanmu,
agar ku bisa meraih mimpi terindah malam ini
selamat malam.. =)

Sunday, July 3, 2011

jealous vs cemburu??

hobi saya bermain game,
kadang2 tu suka skodeng kat wall org lain kat



akibatnya saya sendiri yg
merana..
berperang dengan emosi sendiri,
jiwa jadi kacau bilau

nape??
hanya kerana terbaca post atau comment org lain..
dlm hati da mula berbicara
cuma tak terzahir dengan kata2...



haaiisshhh..
apalah nak jadi ngan saya ni kan??

yeke??
cam xcaya plak..


cemburu tak bertempat?
ataukah ini dinamakan
cemburu buta??

tapi nape saya perlu jeles???
sy takde hak pon!!!
xmoh..xmoh..
xnak..xnak..
jgn jeles...jeles..
no cemburu..cemburu..
cepat senyum.. senyum..mcm ni..

atau pon senyum mcm ni..

haaa...
barulah best!!


Sunday, June 26, 2011

..setahun berlalu..

i'm back!!!
tetiba jek nak update smula blog berhabuk ni..hahaha
sebab apa?? ntah lar.. aku pon tak tahu...
yg pasti aku nak gak memblog kembali..
tak salah kn??


mari tiup lilin ni..
hahaha.. releven ke kalo aku celebrate ulangtahu aku muncul kembali..
tunggu kemunculan aku...
aku akan merapu, menjiwang, mengedik dan sebagainya..
bye~~


Wednesday, June 30, 2010

~takde motif~

duuushh....
sesungguhnya aku sgt tak suka bila perasaan mcm nih terjadi pd aku!! tp npe nih? smpai skrg aku takde jawapanya..
ya Allah, permudahkanlah segala urusan harianku..

nape ngan ati ini?? bersabarlah iza.. bersabar...
kuatkan semangat tu..
hidup mesti d teruskn!!
chaiyok3..
*aku rasa mcm org tak betul pon ada nih...aduyai..tlgla pergi ngan cepat~~~

pd anak2 muridku, maafkan saya...saya marah kamu semua..
kepada org2 d sekeliling sy, apa salah saya?? smpai sy jd mcm nih??

Ya allah, apa yg aku merepek nih??? p mkn kerepek la..
sesungguhnya..sejak semenjak nih aku bkn berada dlm diri aku sndiri!!
kembalikanlah diriku yg lalu :'(

Sunday, May 16, 2010

~Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu~~



16 Mei datang lagi..setiap kali tarikh ini, aku pasti akan teringat zaman-zaman persekolahan.. daripada seorang yang kosong ilmu pengetahuan, kini aku berbangga menjadi diriku walaupun kadang kala aku sendiri keliru dan kurang memahami tentang diriku.. baru aku sedari, terlalu banyak pengorbanan seorang guru, baru kini aku mengerti perasaan seorang guru..
Jika dahulu, aku tidak pandai membaca, tidak mengenal apa itu ABC, 123, alif ba ta.. tapi kini aku berbangga kerana dapat mencurahkan ilmu yang aku dapat daripada seorang guru pada satu ketika dahulu. Cikgu, satu nama yang besar dalam hidupku, mengimbas kembali saat-saat aku bergelar murid seawal tahun 1990 di tadika Tungku Syariah,Larkin JB di mana di situlah bermulanya saat di mana aku mengenal rupa bentuk huruf dan angka di dalam buku, belajar bergaul dan berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain.. setahun di sana, aku meneruskan pembelajaran sehingga darjah enam di Sek. Keb. (Per) Bandar Tinggi, JB dan sehinggalah tamat tingkatan 5 di SMK IJ Convent JB.. suka duka, ilmu pengetahuan dan pengalaman banyak aku timba di sana, bukan sekadar ilmu di dalam buku, cikgu curahkan, tetapi ilmu keduniaan serta nasihat yang berguna untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini telah aku pelajari sejak d bangku sekolah.



Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah di KMNS dan KUSTEM yang pernah mendidik aku tanpa jemu.. membimbing aku menjadi seperti sekarang.. tanpa mereka yang bergelar pendidik, tidak mungkin aku mampu berdiri seperti mana aku berada sekarang.. jasa dan budi baik semua guru-guruku tidak akan aku lupakan walaupun sekelumit..

Kini, aku mengerti, aku menyedari, aku merasai..
Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik, seorang yang bergelar guru, yang akan menentukan masa depan generasi masa hadapan. Jika dulu, aku memerhatikan sahaja segala tindakan guru, pandai membuat ulasan mengenai seorang guru, suka melabelkan seorang cikgu, kini aku merasai perasaan yang sama seperti mana cikgu aku dulu rasakan.. mengajar tanpa mengira bangsa, mendidik tanpa mengira masa sehinggakan terpaksa berkorban masa demi melayan kerenah anak didiknya..

Cikgu, terima kasih cikgu. Ketabahan cikgu, kecekalan cikgu menjadi inspirasi buat diri ini.. berdepan dengan murid dalam kelas buat aku menyedari, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa di hadapi. Sebagai guru, aku mesti sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan, sehinggakan terpaksa mengabaikan masa untuk diri sendiri.. terima kasih cikgu, atas didikan yang cikgu berikan, tanpa cikgu tiadalah saya seperti mana saya pada hari ini..

Saturday, May 15, 2010

demam adamaya..

berakhir sudah kisah adamaya.. eppy ending...wat jiwa aku sgt-sgt tersentuh.. sejak aritu lagi tertanya-tanya, dalam dunia realiti nih ada ke insan sebaik adam?? setabah adam?? ish.. mesti susah nak cari kan?? kalo la aku berada d tempat maya, akan ku setia jika bersuamikan insan sebaik adam..


cite tu sgt menarik di tambah pula dengan budak yang comel..amani.. kecomelan wajah dia, sgt2 suka untuk aku pndang.. kalo la amani ada depan aku... Ya Allah, habis dia aku cubit-cubit manja.. hihihi..tahniah adik amani kerana berjaya menjayakan watak tersebut..


tup-tup..abis jek cite adamaya, kat fesbuk ada plak kuiz "watak adamaya yang sesuai dengan korang" dengan tak berfikir panjang, aku pon try la jawab kuiz tersebut dengan sejujur yang boleh..hihihi.. realiti kehidupan atau semuanya secara kebetulan ye??? hurmm apa keputusan kuiz tu???


"kau seorang yang cukup sempoi dan memang best dapat kawan macam kau ini. nasihat kau semua boleh pakai walaupun cara kau cakap tu macam selambee je. kau seorang yang jujur bila orang tanya pendapat kau. tak kisah lah kalau orang tu kawan baik kau sendiri. kau berpegang pada ayat mencintai tak semestinya memiliki. kau dah cukup bahagia tengok orang yang kau cinta bahagia. ada masanya kau buat lawak sampai orang pon tak sure kau nih boleh jadi serius ke tak.."


wah..aku rasa mcm bertepatan dgn diriku plak..happy ke aku? aku akan cuba bahagiakan orang d sekelilingku walaupun diriku terluka ;P bahagia bila tgk org yang aku sayang hidup bahagia walaupun diriku mendendam rasa.. aku pasti, aku yakin kebahagian hak milik setiap orang.. mungkin d takdirkan aku lambat menerima kebahagian itu, tapi aku arap ia akan kekal milikku buat selama-lamanya.. aku akan cuba jadi seperti watak mika, yang selamba, ceria n masa yg sama akan bantu insan-insan lain d sekelilingku..


harapanku hanya satu, aku mampu miliki kebahagiaan itu seperti mana insan yang lain milikinya.. ;P

ada apa dgn blog??

ada apa dgn blog? ntah la aku pon tak tahu.. blog hanya curahan rasa d kala kesepian? ye ke?? masing-masing punya alasan sendiri kenapa menulis dlm blog kan??


bagi aku? blog hnyala tempat aku mencurah rasa, mengasah bakat dan mengisi masa lapang.. ada ke masa lapang?? hurmm..aku akan try aktif untuk menulis blog untuk mengasah bakat yang ada.. berbakat kah aku?? hihihi.. apapun biarlah blog berbicara ;P