Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, May 16, 2010

~Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu~~



16 Mei datang lagi..setiap kali tarikh ini, aku pasti akan teringat zaman-zaman persekolahan.. daripada seorang yang kosong ilmu pengetahuan, kini aku berbangga menjadi diriku walaupun kadang kala aku sendiri keliru dan kurang memahami tentang diriku.. baru aku sedari, terlalu banyak pengorbanan seorang guru, baru kini aku mengerti perasaan seorang guru..
Jika dahulu, aku tidak pandai membaca, tidak mengenal apa itu ABC, 123, alif ba ta.. tapi kini aku berbangga kerana dapat mencurahkan ilmu yang aku dapat daripada seorang guru pada satu ketika dahulu. Cikgu, satu nama yang besar dalam hidupku, mengimbas kembali saat-saat aku bergelar murid seawal tahun 1990 di tadika Tungku Syariah,Larkin JB di mana di situlah bermulanya saat di mana aku mengenal rupa bentuk huruf dan angka di dalam buku, belajar bergaul dan berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain.. setahun di sana, aku meneruskan pembelajaran sehingga darjah enam di Sek. Keb. (Per) Bandar Tinggi, JB dan sehinggalah tamat tingkatan 5 di SMK IJ Convent JB.. suka duka, ilmu pengetahuan dan pengalaman banyak aku timba di sana, bukan sekadar ilmu di dalam buku, cikgu curahkan, tetapi ilmu keduniaan serta nasihat yang berguna untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini telah aku pelajari sejak d bangku sekolah.



Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah di KMNS dan KUSTEM yang pernah mendidik aku tanpa jemu.. membimbing aku menjadi seperti sekarang.. tanpa mereka yang bergelar pendidik, tidak mungkin aku mampu berdiri seperti mana aku berada sekarang.. jasa dan budi baik semua guru-guruku tidak akan aku lupakan walaupun sekelumit..

Kini, aku mengerti, aku menyedari, aku merasai..
Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik, seorang yang bergelar guru, yang akan menentukan masa depan generasi masa hadapan. Jika dulu, aku memerhatikan sahaja segala tindakan guru, pandai membuat ulasan mengenai seorang guru, suka melabelkan seorang cikgu, kini aku merasai perasaan yang sama seperti mana cikgu aku dulu rasakan.. mengajar tanpa mengira bangsa, mendidik tanpa mengira masa sehinggakan terpaksa berkorban masa demi melayan kerenah anak didiknya..

Cikgu, terima kasih cikgu. Ketabahan cikgu, kecekalan cikgu menjadi inspirasi buat diri ini.. berdepan dengan murid dalam kelas buat aku menyedari, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa di hadapi. Sebagai guru, aku mesti sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan, sehinggakan terpaksa mengabaikan masa untuk diri sendiri.. terima kasih cikgu, atas didikan yang cikgu berikan, tanpa cikgu tiadalah saya seperti mana saya pada hari ini..

No comments: