Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Wednesday, July 20, 2011

pesan pada hati

pesan pada hati,
usah terlalu membenci akan satu wajah,
kerana pasti rindu akan bertandang.
pesan pada hati,
jangan merindu pada kenangan,
kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.
pesan pada hati,
jangan di kenang akan cinta yang lalu,
kerana akan ada kecewa yang hadir.


usah di simpan kesedihan di hati itu,
kelak hanya menyakitkan jiwamu.
jangan di telan rasa sayu itu,
nanti ia memakan dirimu sendiri,
dalam diam-diam tanpa tahu kesannya.
biarkan kesedihan itu pergi dan berlalu,
percaya dan yakin,
masih ada bahagia yang menanti kita,
satu hari nanti.

No comments: