Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Thursday, May 20, 2010

ku rela kau pergi..

awak,
dulu kita selalu bersama,
suka duka dikongsi bersama,
bila awak keseorangan, saya selalu menemani awak,
bila awak dalam kesusahan, saya sudi membantu awak,
bila awak dalam kesedihan, saya akan cuba menceriakan hidup awak,
bila awak diserang kesakitan, saya caring terhadap awak,
awak tahu kenapa semuanya?
saya ingin awak bahagia,
saya ingin awak selesa,
saya ingin awak gembira,
saya ingin awak rasa,
bahawa saya amat menyayangi awak,
kasih itu datang tanpa saya duga,
kasih itu datang tanpa dipaksa,
kasih itu datang tanpa saya pinta.
tapi awak??
menutup segalanya..
hanya kerana saya tiada rupa?
tak kan saya hendak mengubah segalanya,
siapalah saya untuk melakukannya..
awak,
kini saya sedar,
saya mengerti, saya rasai,
kasih awak bukan untuk saya lagi,
kasih awak hanya untuk si dia,
menyayangi awak sepanjang hayat saya,
tidak pernah saya menyesali,
tak akan saya lupakan..
terima kasih atas segala perhatian selama ini,
saya akan undur diri,
melepaskan awak pergi, jauh dari sudut hati ini.
andai suatu hari nanti,
awak telah dilukai,
saya sedia menanti di sini,
kerana saya tidak akan berhenti
untuk menyayangi diri awak lagi..


4 comments:

ierah_myra said...

sedih giler puisi ko...

eizawahidah said...

huhuhu.."usah titis ari mata kau tangiskan, ku da cukup menampung selautan begitu lama ku pendam,tapi hanya berdiam,kerana cuba menafi realiti..."

Si-Ratu-Salah-Taip said...

Leh tak aku nak nanges gak...??

eizawahidah said...

jangan nangis!! semua tu tinggal kenangan jek =)