Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, September 18, 2011

bersemak samun!!!

fuh.. akhirnya hari ini baru sempat online..
da bersemak samun, bersawang blog aku ni...
ada lagi kan hari raya..
so seikhlas hati nak ucapkan..
"selamat hari raya"
ampun maaf d pinta =)

Sunday, August 28, 2011

bisakah aku?

lusa da raya.. pasti semua da sibuk dengan persiapan raya kn? bg diriku? hurm..aku buat2 sibuk atas dasar nak ubati hati sndiri..

Teringat raya yg lalu, time2 mcm ni. aku sibuk carikan baju raya utk nenek.maklumlah nenek aku bertubuh besar, baju nak yang berbutang kt depan sbb dia xmampu nk angkat tgn.. Hurm..bila kenang smula, sure aku melalak..


 raya yang lalu, nenek mtk baju kebaya.. alhamdullilah, aku dpt carikannya.. last day puasa, aku da balik jumpa dia, bila serahkan baju tu, dia menitiskan air mata.. kata2nya ngan meruntun jiwaku.. 
"raya akan datang, da xperlu belikan nenek baju lagi..ni Ramadhan terakhir bagi nenek' 
hurmm.. rupanya arwah seolah2 da tahu dia akan pergi buat selama2nya...


aku harap aku tabah dan cekal berhari raya tanpanya utk kali pertama..
al-Fatihah buat arwah nenek,
semoga tenang d sana..

Friday, August 26, 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
1st time sy try masuk contest kat blog ni,
mcmlah pandai sgt kan?
tapi tak salah kan kalo "uji bakat" =)


nak tahu contest apa yg sy masuk??
click jek kat banner tu,
smuanya ada tercatat kat dalam tu..
termasuklah syarat-syarat n hadiah utk pemenang =)
contest ni ada 4 kategori utk di pilih..
so, sy nak pilih yg num 4 punya leh?
gambar bersama kawan baik

siapa kawan baik sy?? 
jom kita berkenalan =)
haa.. ni lah 3 orang kawan baik yang agak rapat dengan sy..
Ratna (atas kiri), Syam (atas kanan) dan Anne (bawah)
kawan baik yang lain ada gak, cuma tak berapa nak rapat jek =)

ni hobi kami..hehe..
stiap kali kuar bersama, pantang nampak cermin besar,
da ala-ala, cermin diri sndiri kan =P
gambar ni kat mana??
cube teka.. hehehe...

macam takde keja kan??
gambo ni pas kami makan..
waktu ni, saat-saat salah seorang daripada kawan baik saya akan tamatkan zaman gadisnya.
so, dia nak edar kad undangan, kami g makan..
dan kami sangat pantang tgk kamera =)

meriah tak?
kecoh tau bila semuanya berkumpul.
time ni kat umah Puan Yati (salah sorang kawan baik sy gak)
oh lupa, buat apa kat umah ni?
biasalah makan-makan dlu..
sbnrnya gambo ni di ambil sebelum sesi bersalam-salaman bersama tuan rumah.
walaupun mak Yati ada, kami tetap meriah..

over tak kami?
waktu ni sesaje g makan ramai2.. 
ntah macamane terfikir nak wat seperti aksi di dalam gambar =)
"papan tanda" yang kami pegang tu melambangkan identiti kami sendiri.. hehe... 
terima kasih Encik Izwan, suami kepada Puan Haryati, kawan saya sendiri
kerana dialah gambar ini dapat dirakam..

ooppsss..
ni lagi satu gambar aksi over kami =)
yeah!! kami memang pantang! pantang jumpa kamera,
 pasti ada saje aksi yang akan dirakam.. 
saya percaya, setiap gambar yang dirakam mempunyai cerita yang tersendiri, ada kisah yang menarik di sebalik gambar tersebut.. betul kan??

gambar ini time Bibi Marina, kawan baik saya gak tamatkan zaman gadisnya..
terasa macam sedih tapi kami merelakan dirinya melangkah dahulu.. semoga dia berbahagia dengan kehidupan barunya..

oklah.. da banyak sgt tayang gambar, kang ada plak yang menyampah...hehehe
bagi saya, setiap gambar yang saya ada, mempunyai kisah suka duka yang tersendiri..
satu hari nanti, bila kita melihat gambar2 ini semula, pasti kita akan tersenyum dan adakalanya mampu mengalirkan air mata bila terkenangkan cerita dan kisah yang pernah kita lalui satu masa dahulu..

akhir kata,
hidup ini cuma sekali sahaja, tempuhilah dengan pelbagai rasa,
yang pahit akan menjadi manis bila di kenang satu ketika nanti,
yang manis akan bertambah manis jika kita kenangkannya semula.. =)

Wednesday, August 24, 2011

kata-kataku #1

kalau saya marah awak,
Itu tandanya saya sayang awak,
Saya caring kat awak,
Tapi kalau 1 ari nanti,
Saya da tak tegur awak apa-apa,
Itu tandanya saya da tak kisah lagi pasal awak..

Tuesday, August 16, 2011

nape ESOK??

dari dulu lagi aku tertanya2.. smpai sekarang aku masih takde jawapannya.. 
hurmm.. walaupun benda tu agak "kecik" tp mesti ada sebabnya kn?? 
tapi sape yang leh jawab soalan aku tu...

mesti korang tertanya, apa soalannya kn?
ok, sejak kecil, time nak puasa jek mesti kita baca niat kn?
tak kiralah dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Arab kan?


Niat puasa Ramadan
Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

kita akan baca niat tu bila kita bgn sahur kn?? selalunya kita bgn sahur dalam kul4.30 pagi dan paling lewat pon kul5 pagi kan?? tapi nape kita mesti niat puasa esok?

kecik2 dulu, mama slalu ckp, "pas sahur niat, minum air masak makan kurma esok puasa perutnya tahan skit.." sure aku akan "marah" sbb aku bukan nak puasa esok harinya.. kan tu da pagi da kan?

hurmm.. aku pernah tanya kat sepupu aku, tp jawapannya mcm tak leh terima dek akal aku.. "da ustazah ajar macam tu, dlm buku pun smua tulis niat puasa mcm tu, kita ikut jek la"

ok, aku harap2 1day nanti takde kanak2 yg akan tanya aku soalan yang sama.. "nape esok, bukan hari ini" =)

Sunday, August 14, 2011

meluat!

eeiiii...
geramnya aku tengok ko..
meluatnya aku rasa..
nape??
huh..
ko kata aku bagaikan budak2..
ko kata aku suruh ko hormat aku..
ko kata aku kepoh..
apa lagi yang ko nak kata??
katalah wahai manusia..
aku tak kisah pon..
tp ko tak sedar kan skrg ni smuanya terkena kat ko smula..
meluah siot aku tgk ko..
eh, aku tak nmpak ko pon..
sbb ada aku kisah ko kat mana??
ada aku kisah apa ko nak buat??
ada aku kisah ko siapa?
ada pernah aku lari dari ko??
takde kan??
tp ko sendiri yg panas ati bila aku tak layan ko?
panas ati bila setiap kata-kata ko aku wat tak endah?
panas ati bila setiap arahan ko aku wat tak tahu??
sakit ati??
lg meluat aku tgk perangai ko yg ntah apa2 tu..
lantak ko la..
sbb aku da tak kuasa nak amik tahu hal ko..
pandai2lah ko nak hidup.
tak perlu lg cari aku...!

Saturday, August 13, 2011

alkisah 10 Ramadan..

ada apa ngan 10 Ramadan??
takde apa yg menarik kecuali dapat berkumpul ngan kawan2..
tak kira lah time tu puasa ke, nak berbuka ke, kat tempat awam ke,
tetap MERIAH..
tq so much pada yg sudi datang dari jauh... Puan Bibi Marina n Puan Juliana bersama kawannya..
mak buyung...Puan Hayati bersama Encik Suami dan pengerusi majlis.. CIK Puan Safura bersama Encik Suami..
tak lupa pada anak dara!! hahaha...
Anne,  Ratna n Syam..
korang memang best!
ni adiah utk korang...



p/s~~~ aku upload gak kan pic korang.. pakej =)
sayang korang!!