Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Friday, August 26, 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
1st time sy try masuk contest kat blog ni,
mcmlah pandai sgt kan?
tapi tak salah kan kalo "uji bakat" =)


nak tahu contest apa yg sy masuk??
click jek kat banner tu,
smuanya ada tercatat kat dalam tu..
termasuklah syarat-syarat n hadiah utk pemenang =)
contest ni ada 4 kategori utk di pilih..
so, sy nak pilih yg num 4 punya leh?
gambar bersama kawan baik

siapa kawan baik sy?? 
jom kita berkenalan =)
haa.. ni lah 3 orang kawan baik yang agak rapat dengan sy..
Ratna (atas kiri), Syam (atas kanan) dan Anne (bawah)
kawan baik yang lain ada gak, cuma tak berapa nak rapat jek =)

ni hobi kami..hehe..
stiap kali kuar bersama, pantang nampak cermin besar,
da ala-ala, cermin diri sndiri kan =P
gambar ni kat mana??
cube teka.. hehehe...

macam takde keja kan??
gambo ni pas kami makan..
waktu ni, saat-saat salah seorang daripada kawan baik saya akan tamatkan zaman gadisnya.
so, dia nak edar kad undangan, kami g makan..
dan kami sangat pantang tgk kamera =)

meriah tak?
kecoh tau bila semuanya berkumpul.
time ni kat umah Puan Yati (salah sorang kawan baik sy gak)
oh lupa, buat apa kat umah ni?
biasalah makan-makan dlu..
sbnrnya gambo ni di ambil sebelum sesi bersalam-salaman bersama tuan rumah.
walaupun mak Yati ada, kami tetap meriah..

over tak kami?
waktu ni sesaje g makan ramai2.. 
ntah macamane terfikir nak wat seperti aksi di dalam gambar =)
"papan tanda" yang kami pegang tu melambangkan identiti kami sendiri.. hehe... 
terima kasih Encik Izwan, suami kepada Puan Haryati, kawan saya sendiri
kerana dialah gambar ini dapat dirakam..

ooppsss..
ni lagi satu gambar aksi over kami =)
yeah!! kami memang pantang! pantang jumpa kamera,
 pasti ada saje aksi yang akan dirakam.. 
saya percaya, setiap gambar yang dirakam mempunyai cerita yang tersendiri, ada kisah yang menarik di sebalik gambar tersebut.. betul kan??

gambar ini time Bibi Marina, kawan baik saya gak tamatkan zaman gadisnya..
terasa macam sedih tapi kami merelakan dirinya melangkah dahulu.. semoga dia berbahagia dengan kehidupan barunya..

oklah.. da banyak sgt tayang gambar, kang ada plak yang menyampah...hehehe
bagi saya, setiap gambar yang saya ada, mempunyai kisah suka duka yang tersendiri..
satu hari nanti, bila kita melihat gambar2 ini semula, pasti kita akan tersenyum dan adakalanya mampu mengalirkan air mata bila terkenangkan cerita dan kisah yang pernah kita lalui satu masa dahulu..

akhir kata,
hidup ini cuma sekali sahaja, tempuhilah dengan pelbagai rasa,
yang pahit akan menjadi manis bila di kenang satu ketika nanti,
yang manis akan bertambah manis jika kita kenangkannya semula.. =)

2 comments:

violet ratna said...

saya suka sebab semua pic ada muka saya...hahaha...

Si-Ratu-Salah-Taip said...

aku doakan ko menang..... menang dpt ape?? share ye.. hehehe