Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Thursday, September 5, 2013

..akulah penyambung warisan..

empat tahun aku menunggu,
lama... memang lama
tapi aku mampu bersabar dan akan terus bersabar
selama ni jatuh bangun aku sebagai GSTT
ada seorang abah yang selalu memberikan semangat pada diri ni
namun kini, 
segalanya akan ku tanggung sendiri..
tahun lepas, sewaktu aku menerima tawaran tersebut
abah insan yang paling gembira
mungkin tercapai hajatnya untuk melihat aku meneruskan kerjayanya
segala nasihat dan sokongan abah berikan
segala bantuan kewangan abah salurkan
ye.. aku bersyukur punyai abah yang sangat memahami
aku belajar bersungguh-sungguh untuk balas jasa dan pengorbanan abah
abah tersenyum bila aku habis semesta dua tempoh hari
sanggup ambil aku jauh di tanjung malim
time praktikal, abah juga insan yang paling banyak percaya pada diri ku
aku ingat lagi pesanan abah time tu
"dengan budak-budak kena jadi bagaikan kawan, jangan lawan tarik mereka perlahan-lahan"
perlahan-perlahan aku ikut ckp abah
namun, aku d duga lagi..
Allah ambil abah disaat aku perlukannya
dan disaat itulah pelbagai dugaan mendatang
aku menangis keseorangan dan adakalanya bagaikan nak sms abah untuk meluahkan perasaan
kuasa Allah, Allah pinjamkan segala kekuatan untuk diri ini..
dugaan yang datang aku tempuhi dengan tenang
alhamdullilah,
aku berjaya mendapat A- untuk praktikal tempoh hari
menitis air mata ni disaat teringatkan kata-kata Encik Kamal suatu tika dulu
"kalau saya yang menilai awak, dah lama saya bagi awak A++ awak dah banyak sentuh hati pelajar di sini"
aku tak mengharapkan keputusan cemerlang, yang aku harapkan aku tak lupa diri suatu hari nanti
September menyimpan 1001 kenangan..
11 September merupakan hari kelahiran abah,
tiada lagi ucapan yang dapat diberikan
hanya doa yang mampu dipanjangkan..
13 September hari Konvokesyen aku..
sedih, pilu segalanya ada kerana abah tak sempat melihat aku naik ke pentas menerima diploma pendidikan
diploma yang sangat-sangat dinanti-nantikan sejak dulu lagi.. 
namun siapalah aku untuk menolak ketentuan Allah?
akan ku jejak kaki ke dewan konvo dengan 1001 perasaan
segalanya hanya untuk abah..
terima kasih abah atas segala didikan abah selama ini
penat lelah abah di dunia untuk mendidik kami tak akan kami sia-siakan
harapan aku agar aku dpt menunaikan wasiat abah satu ketika dulu..
ye akulah penyambung warisan!
al-fatihah buat abah, Naaman Bin Mohd Shah