Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, July 10, 2011

jauh dan terus menjauh..

jauh..
jauh sekali,
kau pergi tinggalkan aku,
akukah yang bersalah?
atau aku harus belajar menerima kenyataan,
bahawa antara kita sudah tiada kemesraan?

aku yang masih belum memahami,
atau mungkin,
masih lagi terus mengharapkan,
sesuatu yang belum pasti?
bangunlah dan bangkitlah,
dari mimpi yang panjang,
dan berdepanlah dengan realiti kehidupan ini..

kisah hatiku...

petang yang hening dan sunyi seperti hari ini, boleh plak aku layan lagu KISAH HATI nyanyian Alya.. kan da kacau jiwa raga ni.. hurmm tapi kan memang tepat skali dengan apa yang aku laluinya.. sgt puitis sekali liriknya..
"Hatiku hatimu, Menjadi satu cinta, Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku, Tapi cinta bukan milik kita, Semua harus berakhir"
memang dulu kami sangat "mesra" tapi sejak semenjak ni semakin renggang.. mungkin kerana hadirnya insan ketiga dalam sebuah persabahatan?? tapi naper mesti putuskan persahabatan itu kan?? owh, mungkin nak jaga hati insan itu??
 "Cinta kau dan aku, Takkan mungkin bersatu, Untuk saat ini di dunia ini, Mungkin kita bersama, Nanti di atas sana, Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya, Tapi cinta bukan milik kita, Semua harus berakhir..."
semua harus berakhir?? akhiri persahabatan itu hanya kerana insan lain?? ok.. kini aku da tahu punca terdapatnya benteng antara kita.. izinkan aku berundur diri..wow!! berat rasa hati, namun akan ku gagahinya.. terima kasih kawan, kerana sudi menjadi kawan saya selama ini... 

Saturday, July 9, 2011

kata-kataku...





"Sesuatu yang menyedihkan dalam hidup, ketika kita bertemu seseorang, yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita akan mengetahui bahawa seseorang tersebut tidak ditakdirkan akan bersama kita sehinggalah kita terpaksa melepaskan dan merelakannya pergi"

Friday, July 8, 2011

sampai hati awak..

awak..
kenapa awak hadir dalam hidup saya,
kenapa awak suka buat,
saya jatuh hati kepada awak?
awak...
saya sayangkan awak,
semua tu saya da beritahu awak dahulu kan?
perasaan itu bukan saya yang pinta,
ia datang dengan sendirinya.
awak..
bila saya da mula sayangkan awak,
saya berjanji dengan diri saya sendiri,
hanya awak seorang sahaja yang ada dalam hati ini,
sampai ke akhir hayat nanti,
tapi sayangnya,
awak tak sayangkan saya,
awak banyak mempermainkan perasaan saya,
awak tinggalkan saya,
awak abaikan saya,
awak lupakan saya,
hanya kerana awak berkenalan dengan insan lain.
awak....
awak da hancurkan hati saya,
awak da musnahkan janji kita,
awak buat hidup saya bercelaru,
saya nampak awak bermesra dengan insan lain,
tak mengapalah,
saya tetap di sini tersenyum melihat awak bahagia,
saya akan doakan semoga awak terus berbahagia..

Thursday, July 7, 2011

~masihkah kau ingat~

kawan,
masihkah kau ingat,
tarikh perkenalan kita?
atau mungkin,
detik perkenalan itu?
tiada kata-kata indah yang kau lafazkan,
segalanya hanyalah menyakitkan hatiku.
namun,
disitulah kita bermula,
berkawan dan bergurau senda,
tiada kata dapat ku gambarkan,
bertapa gembiranya dapat berkawan dengan kau.
bukan kerana ingin menumpang nama,
bukan juga untuk menumpang glamour,
tapi sikap keterbukaan kau,
membuatkan segalanya indah belaka.
kawan,
walaupun perkenalan ini cuma seketika,
kau tetap menjadi sejarah,
kata-kata kau yang menikam kalbu itu,
bukanlah palsu,
malah,
terselit seribu satu makna disitu,
yang dapat dileraikan,
melalui hati yang terbuka.
kawan,
sejauh manapun hendak kau pergi,
sekuat mana pun hendak kau lari,
aku di sini tetap mendoakan,
yang terbaik untuk diri kau,
bukan untuk disini,
malah di mana jua kau berada.
ingatlah,
aku bangga menjadi kawan kau,
aku gembira menjadi sebahagian dalam hidup kau,
aku tak pernah berdendam dengan kata-kata kau,
biar apa pun tanggapan orang terhadap kau,
kau tetap kawan yang mendapat tempat di hatiku.
maafkan aku,
andai ada melukakan hatimu,
sepanjang perkenalan kita yang singkat itu.


salam ikhlas dari jauh,
teman "sepergaduh"mu

Wednesday, July 6, 2011

s.e.d.a.r.l.a.h.


sedarkah kita,
bahawa kita tidak mungkin
dan tidak akan bisa hidup bersendirian?
maka,
ketika hati kita bersedih,
janganlah dipendamkan segalanya,
kerana ia akan menyeksakan kita.
sebaliknya,
curahkanlah pada sahabat atau sedara
untuk meminta nasihat mereka.
ketika hati kita bahagia,
janganlah dipendam kerana itu egois,
sebaliknya,
curahkanlah pada sahabat atau saudara
untuk menghiburkan hati mereka pula,
dengan begitu,
tentu persahabatan dan persaudaraan itu
akan menjadi lebih bererti dan indah.
syukurku kepadaMu Ya Allah,
kerana Engkau telah menjadikan kami
lebih bererti antara satu dengan yang lain.


~terima kasih teman, kerana selalu berada disisiku, di saat aku memerlukanmu~

Tuesday, July 5, 2011

indah lelapku..


selamat malam bulan,
terangilah malam ini agar tidak suram lagi,
selamat malam bintang,
temanilah malam ini agar hatiku menjadi tenang,
selamat malam sayang,
tidurlah dengan lena dan mimpikan aku datang,
hadir dalam mimpi syurgamu
dan temanimu hingga pagi nanti,
tidurlah sayang,
lena dalam mimpimu..

>>>hahahaha... mcmane leh terkuar kata2 ni, aku pon xtahu, melayan mata yang takleh nak lelap!.. <<
oh bulan, oh bintang,
temanilah malamku bersama mimpi2 yang indah..
lenakanlah aku dalam dakapanmu,
agar ku bisa meraih mimpi terindah malam ini
selamat malam.. =)