Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, October 30, 2011

percutian yg tak dirancang

seminggu da berlalu, tapi baru hari ini nak update.. hehehe..

kisahnya bermula tanpa d rancang, memandangkan aku tahu isnin 24.10.2011 tak sekolah. disebabkan tensen menanda paper murid tetiba aku terasa sgt nak g Genting. sian Syida bertungkus lumus cari tmpat utk kami berfoya2.. nak g genting plak, aku tak tahu nak ajak sapa... akhirnya aku tawakal jek..

jumaat, 21.10.2011
aku bgn pg dgn penuh bersemangat, apa2 hal kena gak g skola dulu.. kul1 tengahari jek aku da berkemas2 n ready nak balik.. muka da ceria gile yer la org nak bercuti.. rmai yg tanya aku nak g mana cuti ni, aku hanya sengih jek la.. 1.20pm aku cepat2 punch out utk balik... best! balik pack brg. bus kul5pm. smpai bangi dlm kul10 malam.. lepak2 kat opis Syida, temankan dia siapkan keja. kul11 lebih baru kuar cari makan.. dekat kul1 baru balik umah dia..

sbnnrnya aku agak kecewa pada awalnya sbb plan hampir2 tak menjadi, tapi aku tahu dia memang suka sakat aku =( alhamdulillah dia sanggup temankan aku walaupun terpaksa g lambat skit drpd plan asal.. takpe la janji ada =)


sabtu 22.10.2011
dgn bersemangat aku bgn pagi tu.. yela kan, hasrat hati hampir tercapai.. hati bunga2, bkn apa, rs happy sesgt bila ada yg sudi tunaikan permintaan hati.. kul9l.45am, kami kuar menuju ke Shah Alam. sblm amik dia, aku n Syida g borong apa yg patut.. walaupun tak sure lg nak tdo mana, tp kami smua da standby baju dlm keta.. hehe.. amik dia kat PKNS Shah Alam, magie, air semua da beli.. dalam pjalanan ke sana, kami "bertekak" lagi tak tahu nak tdo mana.. huhu.. ni mmg plan holiday yg menggila.. akhirnya Syida ckp kalo xde tmpat tdo, kami akan tido di MYVI INN (sian Nana n Amal nk tahu sgt mana kami tdo) 

pjlanan kami lancar, tanpa sebarang halangan, tmbah lg tmpt tido da d temui.. takde apa yg aku dpt katakan selain kegembiraan melonjak2 d hati ku..

2.45pm, 22.10.2011
kami masuk genting.. all park tu.. main sampai puas.. hahaha.. mula2 g main kat outdoor.. smua permainan habis dijelajahi.. kaki sakit takpe, janji hati happy =) org yg paling happy tentula aku.. aku gembira sbb mereka layan smua kerenah aku.. thanks korang!! syg korang sesgt =) kami lupa makan, cuma minum air yg d bawa.. waahh.. sakan aku.. mmg tak ingat dunia la.. kami habis outdoor kul8.30.. last skali kami main "Sungai Rejang Flume Ride" kul 7.30pm.. habis basah kesejukan time tu.. mmg best..huhu.. bila da kuar menggigil kesejukan, baru terasa lapo... pas makan, kami smbung main indoor plak.. semua benda kami main da mcm budak2 pon ada.. enjoy gile.. yela kan sementara ada yg sudi layan.. aku kuar tepat kul1am.. fuuhh.. kesejukan kat luar memang aku takleh nak kata apa lar... masuk2 tmpat tdo, aku da menggigil.. huhu..


Ahad, 23.10.2011
akibat kesejukan, aku jd malas nak bgn.. walaupun perot kelaparan.. aku sms dia suro bgn masak air dulu..hahaha..Syida plak da kepenatan tak sedar apa2 pon.. hurmm.. akhirnya kami breakfast makan magie cup bersama kuaci jek.. pagi tu, kami masuk Snow World jek.. sejuk memang ar sejuk, tapi puas sbb dapat main smua benda.. nasib baik tiket ada lagi, so kami masuk kul12.20pm.. main kt dlm tu mcm dak kecik, tak sedar diri pon ada, aku tak dpt nak bayangkn mcmane perasaan aku, yg aku tahu aku sgt gembira n bersyukur ada 2org teman yg sangup wat apa sahaja demi menggembirakan aku =)

1.30pm 23.10.2011
kami turun ke bwah.. walaupun sedih, tapi aku terpaksa balik gak, tak kan la aku nak dok atas jek.. hehehe.. turun2 ada misi yg lain.. misi "pujuk nana" kami dating ngan nana n amal kat Times Squre.. sian mrka berdua kena sakat... amal n nana nak sgt tahu myvi inn tu kat mana... nana, amal, SORRY ye, cikza sengaja jek sakat korang berdua... hahahaha.. pas makan aku balik bangi ngan Syida.. sambung rutin yg lain plak..

11.00pm 23.10.2011
lepas balik tgk baby umah Ina, aku g lepak kat mamak ngan Syida n si diva tu.. waahh.. meletop beb kisah di mamak tu.. xmoh cite kat sini.. tunggu lain kali ar.. hahaha...


Isnin 24.10.2011,
kul 11am, aku n syida g amik si diva.. hurmm.. dia bawak 2 geng dia.. aku dptla kawan baru lagi.. dgn mereka sgt best.. mereka ok2 jek ngan aku.. kami g IKEA shoping apa yg patut.. haruslah aku tak sedar diri kn? berbelanja bagaikan balik naik keta.. hahaha.. akhirnya kul4pm baru kami siap shopping.. syida anta aku g TBS utk balik jb.. uwawahhahaha.. tak moh balik tapi terpaksa balik..

aku rs mcm nak g bercuti lagi, tp tak tahu bila.. kpd 2 org teman yg sudi menggembirakan hati ini, terima kasih byk2.. 
SYIDA, tq so much sbb sudi layan kerenah aku ni, tumpangkan kt umah ko, siap hantar ke mana sahaja aku nak g dan paling terharu ko sanggup cuti 3hari kerana aku.. 
SYAH, thanks sbb suka sakat izza.. walaupun awalnya agak kecewa sbb kena pikir Plan B, tp akhirnya sudi gak join kami.. thanks a lot sbb sudi merealisasikan impian giler ini.. hehehe.. u are the best!!

inilah insan yang wat aku btol2 happy =)
tq so much Syida n Syah


Tuesday, October 25, 2011

kata-kataku #3

kalau kita sukakan seseorang, 
jangan beritahu dia,
nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
sebaliknya mengadulah kepada Allah,
kerana Allah lebih mengetahui siapakah jodoh kita...


Ya Allah, 
bilakah saatnya aku d pertemukan dgn pemilik tulang rusukku? 
pasti akan ku tunggu saat indah itu ya Khaliq.
 titipkan salamku padanya walau d mana pun dia berada.
 pertemukan kami dlm keadaan mulia dan penuh rahmat-Mu..

mood: jeles melihat kebahagiaan org lain, semoga ada sinar bahagia menanti diriku ^_^

Monday, October 10, 2011

4 tahun aku menanti

empat tahun,
satu jangka masa yang sangat lama kan? 
mcmana aku leh bersabar, aku sndiri tak tahu nak kata apa...


namun,
syukur alhamdulillah,
tahun ni mungkin rezeki memihak kepada aku..
orang kata semua ni berkat kesabaran aku,
sabar ke aku?
aku harap aku dapat hadapi semuanya dengan ikhlas..


mereka kata,
selama ini aku hanya memandang ke arah langit,
tak dapat nak gapai apa yang aku inginkan,
skrg aku ada nampak sinarnya,
cuma perlukan sedikit kesabaran utk capai segalanya..
insyaAllah, aku akan terus bersabar.


harapan aku,
apa yang aku impiankan menjadi nyata,
apa yang mereka harapkan menjadi realiti,
apa yang aku janjikan akan ku tunaikan,
apa yang mereka doakan aku hanya mampu "amin"kan


Ya Allah,
dengarlah rintihan hatiku ini,
perkenankanlah doa mereka,
akan ku buktikan juga kepada mereka..
aku bersyujur kerana diberi kesempatan dan peluang ini..

Sunday, September 25, 2011

kata-kataku #2

kadang kala lagi bagus 
cakap dengan diri sendiri,
bukannya gila,
tetapi sebagai motivasi diri sendiri,
daripada cakap dengan 
orang yang tak faham perasaan kita ini...

Sunday, September 18, 2011

bersemak samun!!!

fuh.. akhirnya hari ini baru sempat online..
da bersemak samun, bersawang blog aku ni...
ada lagi kan hari raya..
so seikhlas hati nak ucapkan..
"selamat hari raya"
ampun maaf d pinta =)

Sunday, August 28, 2011

bisakah aku?

lusa da raya.. pasti semua da sibuk dengan persiapan raya kn? bg diriku? hurm..aku buat2 sibuk atas dasar nak ubati hati sndiri..

Teringat raya yg lalu, time2 mcm ni. aku sibuk carikan baju raya utk nenek.maklumlah nenek aku bertubuh besar, baju nak yang berbutang kt depan sbb dia xmampu nk angkat tgn.. Hurm..bila kenang smula, sure aku melalak..


 raya yang lalu, nenek mtk baju kebaya.. alhamdullilah, aku dpt carikannya.. last day puasa, aku da balik jumpa dia, bila serahkan baju tu, dia menitiskan air mata.. kata2nya ngan meruntun jiwaku.. 
"raya akan datang, da xperlu belikan nenek baju lagi..ni Ramadhan terakhir bagi nenek' 
hurmm.. rupanya arwah seolah2 da tahu dia akan pergi buat selama2nya...


aku harap aku tabah dan cekal berhari raya tanpanya utk kali pertama..
al-Fatihah buat arwah nenek,
semoga tenang d sana..

Friday, August 26, 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
1st time sy try masuk contest kat blog ni,
mcmlah pandai sgt kan?
tapi tak salah kan kalo "uji bakat" =)


nak tahu contest apa yg sy masuk??
click jek kat banner tu,
smuanya ada tercatat kat dalam tu..
termasuklah syarat-syarat n hadiah utk pemenang =)
contest ni ada 4 kategori utk di pilih..
so, sy nak pilih yg num 4 punya leh?
gambar bersama kawan baik

siapa kawan baik sy?? 
jom kita berkenalan =)
haa.. ni lah 3 orang kawan baik yang agak rapat dengan sy..
Ratna (atas kiri), Syam (atas kanan) dan Anne (bawah)
kawan baik yang lain ada gak, cuma tak berapa nak rapat jek =)

ni hobi kami..hehe..
stiap kali kuar bersama, pantang nampak cermin besar,
da ala-ala, cermin diri sndiri kan =P
gambar ni kat mana??
cube teka.. hehehe...

macam takde keja kan??
gambo ni pas kami makan..
waktu ni, saat-saat salah seorang daripada kawan baik saya akan tamatkan zaman gadisnya.
so, dia nak edar kad undangan, kami g makan..
dan kami sangat pantang tgk kamera =)

meriah tak?
kecoh tau bila semuanya berkumpul.
time ni kat umah Puan Yati (salah sorang kawan baik sy gak)
oh lupa, buat apa kat umah ni?
biasalah makan-makan dlu..
sbnrnya gambo ni di ambil sebelum sesi bersalam-salaman bersama tuan rumah.
walaupun mak Yati ada, kami tetap meriah..

over tak kami?
waktu ni sesaje g makan ramai2.. 
ntah macamane terfikir nak wat seperti aksi di dalam gambar =)
"papan tanda" yang kami pegang tu melambangkan identiti kami sendiri.. hehe... 
terima kasih Encik Izwan, suami kepada Puan Haryati, kawan saya sendiri
kerana dialah gambar ini dapat dirakam..

ooppsss..
ni lagi satu gambar aksi over kami =)
yeah!! kami memang pantang! pantang jumpa kamera,
 pasti ada saje aksi yang akan dirakam.. 
saya percaya, setiap gambar yang dirakam mempunyai cerita yang tersendiri, ada kisah yang menarik di sebalik gambar tersebut.. betul kan??

gambar ini time Bibi Marina, kawan baik saya gak tamatkan zaman gadisnya..
terasa macam sedih tapi kami merelakan dirinya melangkah dahulu.. semoga dia berbahagia dengan kehidupan barunya..

oklah.. da banyak sgt tayang gambar, kang ada plak yang menyampah...hehehe
bagi saya, setiap gambar yang saya ada, mempunyai kisah suka duka yang tersendiri..
satu hari nanti, bila kita melihat gambar2 ini semula, pasti kita akan tersenyum dan adakalanya mampu mengalirkan air mata bila terkenangkan cerita dan kisah yang pernah kita lalui satu masa dahulu..

akhir kata,
hidup ini cuma sekali sahaja, tempuhilah dengan pelbagai rasa,
yang pahit akan menjadi manis bila di kenang satu ketika nanti,
yang manis akan bertambah manis jika kita kenangkannya semula.. =)