Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan..selamat berpuasa..

waktu mengalir bagaikan air,
Ramadhan suci segera hadir,
seandainya ada luka yang pernah terukir,
ada khilaf di sebaliknya,
sucikan hati,
ikhlaskan niat,
maaf zahir batin,
selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia,
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

**saya mohon ampun maaf kepada semua orang yang mengenali saya.. InsyaAllah tiada dendam dihati ini, dan saya telah memaafkan semua orang =)

Wednesday, July 27, 2011

ingat-ingat!

kisah bermula di tepi jalan,
dengan niat sekadar mengorat,
kemudian bertemulah si gadis dan si jejaka di satu tempat,
tanpa disedari tangan pun mula merayap,
setan mula datang dekat,
lawan peluk siapa yang kuat,
wahh.. tak mau mengalah sama-sama hebat,
bila peluk mau sama rapat,
nafas pula mula tersekat-sekat,
mulalah cop di merata tempat,
lupakan Allah dan juga Malaikat,
kerana NAFSU sudah menguasai,
tanpa disedari lahirlah anak tak cukup sifat,
lalu dibuang di merata tempat,
Astagfiruallahalazim,
minta simpang malaikat 44
ingatlah kawanku ini sebagai nasihat,
supaya kita jauhi maksiat,
ajal maut tak kira tempat,
takut-takut tak sempat bertaubat!

pesan memesan~~

pesan pada DIRI sendiri,
jangan sampai tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak pernah mengerti tentang hatimu itu,
kerana,
sekali dikau memberi hatimu itu,
selamanya dia tetap di HATI,
sekali kau dilukai,
sampai bila-bila akan tetap  diingati.
pesan lagi pada DIRI sendiri,
hati-hatilah dalam memberi HATI,
kerana ia hanya untuk insan yang tahu
menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI itu.



Sunday, July 24, 2011

kisah cikgu, murid dan tiger balm

kisah ni berlaku Khamis lepas, saat tu seorang guru dengan gagahnya melangkah masuk ke kelas 6U, di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut. setelah masuk kelas, murid beri salam tanda hormat, guru tersebut memberi arahan.. seperti biasa, tugas guru tersebut untuk memantau murid membuat kerja disebabkan peperiksaan hampir tiba.. guru tersebut memantau murid-muridnya yang seramai 50 orang tu. dari satu meja ke satu meja di jelajahinya. ada gak murid yang bertanya mana yang tidak faham. masa tinggal lebih kurang lima minit jek. (maklumlah setengah jam jek d peruntukan untuk subjek PJK )

tiba di meja terakhir, guru tersebut dengan penuh dedikasi ingin memberi nasihat kepada murid tersebut.

guru : yan ming, cikgu dengar macam2 masalah yang kamu da buat, kamu bukannya tak pandai cuma malas jek kan?
murid : ye, saya tahu saya pandai, terima kasih cikgu.
guru : berapa markah ujian yang lepas?
murid: 60 cikgu
guru : awak tahu kan awak seorang jek yg masih dapat B sedangkan yang lain semua dapat A
murid: tahu cikgu, apa leh saya buat (sambil matanya terkebil2)
guru : saya da pening tengok cara awak ni, bila nak berubah?
murid : cikgu da pening? nak ambil TIGER BALM ni dan sapukan di kepala, nanti cikgu da tak pening..
guru : ................ ( diam tak terkata)

untukmu teman..

teman,
inginku ucapkan terima kasih padamu.
kerana sentiasa menemani hari-hariku.
semenjak kita bertemu kembali.
hidupku tak terasa sunyi lagi.
penuh dengan warna warni.

teman,
dikala ku kesedihan,
engkaulah yang menghiburkan hatiku,
dikala aku putus asa,
kaulah jua yang memberi semangat,
aku tak ingin berpisah darimu,
aku ingin selalu disampingmu.

tapi teman,
kita harus sedar,
lambat laun kita akan terpisah jua,
mungkin kerana kita sudah punya keluarga,
yang harus kita utamakan,
namun teman,
percayalah kau tetap dihatiku,
bukan untuk sementara waktu,
akan ku abadikan segala memori kita bersama,
hingga ke hujung nyawaku..
terima kasih atas segala-galanya..



** tq korang!! selalu wat hidupku ceria =)

Thursday, July 21, 2011

ikhlaskanlah...

ketika seseorang pergi meninggalkan dirimu,
janganlah bersedih,
usahlah merintih,
buangkanlah yang keruh,
ambillah yang jernih,
ikhlaskanlah segalanya.
percayalah Allah akan menggantikan,
dirinya dengan seseorang yang jauh lebih baik.
bergembiralah..
kebahagiaan itu hak milik setiap insan..

Wednesday, July 20, 2011

pesan pada hati

pesan pada hati,
usah terlalu membenci akan satu wajah,
kerana pasti rindu akan bertandang.
pesan pada hati,
jangan merindu pada kenangan,
kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.
pesan pada hati,
jangan di kenang akan cinta yang lalu,
kerana akan ada kecewa yang hadir.


usah di simpan kesedihan di hati itu,
kelak hanya menyakitkan jiwamu.
jangan di telan rasa sayu itu,
nanti ia memakan dirimu sendiri,
dalam diam-diam tanpa tahu kesannya.
biarkan kesedihan itu pergi dan berlalu,
percaya dan yakin,
masih ada bahagia yang menanti kita,
satu hari nanti.