Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, July 17, 2011

..kesian kawan..

kesian kawan kan?
ditinggalkan kesepian,
hanya kerana cinta datang.
nak salahkan siapa ya?
kawan yang lupakan kawan,
atau mungkin
cinta yang datang menjelma?
kawan sejati tak akan buat mcm tu,
tapi kawan yang makan kawan,
mungkin akan lakukan begitu.
kawan ditinggalkan bila dapat cinta baru,
kawan dibiarkan bila hati berbunga riang,
kawan disingkirkan bila cinta mekar dijiwa,
tapi kenapa?
tak ke kawan terfikir, 
tanpa kawan, cinta tak akan menjelma.
bersabarlah kawan,
biarkan cinta berbahagia.
satu hari nanti, 
bila cinta sedang kecewa,
kawan juga yang dicarinya,
meluahkan segala rasa dalam jiwa,
waktu tu cinta tak ingat apa yang telah dilakukan kepada kawannya.
kawan cuma mampu mendengarnya,
sambil menasihati apa yang patut,
tapi pernah kita fikirkan apa yang kawan kita rasakan,
mungkin kawan tetap tersenyum,
dalam hati tak siapa yang tahu.
adakah kawan menyesal apa yang berlaku,
kawan diperlukan disaat cinta sedang kecewa.
tepuk dada tanya diri sendiri,
cinta tak mungkin kekal abadi,
jika Allah tak mengizinkannya,
tapi,
kawan akan selamanya bersama kita,
jika kita ikhlas dalam sebuah persahabatan ini.

Thursday, July 14, 2011

jangan OVER okey!

jika anda menyukai seseorang,
kawallah perasaan itu,
janganlah terlalu menyukai dirinya,
kelak anda tidak akan nampak,
apa-apa kekurangan yang ada pada dirinya.

jika anda membenci seseorang,
berpada-padalah,
jangan terlalu membenci dirinya,
kelak anda tidak dapat melihat kebaikan pada dirinya lagi.

manusia akan menjadi buta,
tatkala dia terlalu menyukai seseorang,
manusia akan menutup segalanya,
jika terlalu meminati dan mengagumi seseorang.

ingatlah,
tiada yang sempurna dalam dunia ini,
terimalah seseorang itu seadanya,
kebaikannya disyukuri,
kekurangannya diredhai.

Wednesday, July 13, 2011

..tak semudah yang disangka..

hidup ini,
susah kita nak duga,
kadangkala, kita rasa dekat dengan seseorang,
tapi yang sebenarnya kita jauh dengannya,
walaupun kita dapat genggam tangannya,
belum tentu hati dia dapat kita selami,
yang tersurat itu mungkin bukan yang tersirat di minda.

ada kalanya manusia sering salah dalam menilai kejujuran seseorang,
dan adakalanya mereka bertindak di luar perasaan,
apabila yang diimpikan tidak dapat seperti yang diharapkan.

‎jangan pernah berhenti untuk percaya,
bahawa cinta itu masih ada,
meskipun waktu terus membuktikan sebaliknya,
kerana cinta masih ada, terbenam di antara asa dan dilema,
sedetik pun hingga kini,
cinta tak pernah mengusir rasa,
takdir itu memang pahit untuk kedua hati,
hingga kelak menjemput masa,
saat sang mentari lukiskan pelangi di langit kejujuran.


Ya Allah, aku mohon,
apa yang telah kau takdirkan,
ku harap dia adalah yang terbaik buat diriku,
kerana Engkau tahu segala isi hatiku..



takde hak!!

saya akui,
saya tak de hak untuk semua itu..
tiada hak untuk menghalang awak,
tiada hak untuk menyekat kebebasan awak,
malah,
saya perlu akui saya takde hak untuk merasai cemburu 
melihat awak berbahagia bersama insan lain,
apa yang penting,
saya takde hak ke atas diri awak lagi,
ya!
saya tahu..
tapi,
saya masih mempunyai hak,
untuk mendoakan kebahagiaan awak,
semoga awak berbahagia bersama si dia pilihan hati awak.
=)

Tuesday, July 12, 2011

~terima kasih teman~

kau adalah penerang di saat aku susah,
kau adalah teman di waktu aku berduka,
kau adalah kawan semasa aku memerlukan,
kau adalah sahabat di kala aku gembira,
kau adalah pendorong di saat aku terjatuh,
kau adalah tempat aku meluahkan rasa.
terima kasih teman,
kerana selalu ada di sisiku ini,
untuk membuatkan aku tegar,
dan tetap tersenyum,
di saat aku hanya mampu menyerah kalah.
kau memang hebat,
kau tahu saat aku tersenyum palsu,
lalu kau mengubahnya,
supaya aku tersenyum bahagia.
terima kasih teman,
kerana menjadikan diriku tempat mengadu,
semoga semuanya kekal abadi,
menjadi satu memori,
sebuah kisah klasik di masa hadapan.

Monday, July 11, 2011

cinta oh cinta...

hakikatnya,
dalam percintaan,
tidak semestinya orang yang kita cintai,
akan sentiasa membalas cinta kita.

malah,
madah cinta pernah berbicara,
"memberikan seluruh cintamu 
kepada seseorang bukanlah
jaminan dia akan membalas cintamu"

pepatah pula mengatakan,
"jangan mengharapkan balasan cinta,
tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya,
tetapi jika ia tidak berkembang,
berbahagialah kerana cinta tumbuh di dalam hatimu."

kata aku pula,
cinta tu unik,
semakin kita mengejar cinta,
semakin jauh cinta pergi dari kita.
jodoh pertemuan di tangan Allah,
kalau kita cintakan dia sekali pun,
Allah tak restu cinta kita,
Allah bukan ciptakan dia untuk kita,
sekuat mana pun perasaan cinta kita padanya,
kita tak dapat disatukan..

kenyataannya,
sayang tak bermakna cinta,
cinta tak bermakna memilikinya..
mungkinkah,
memilikinya itu kekal abadi?
tanyalah hati anda sendiri =)

wujud lagi ke??

teringat kembali kisah zaman-zaman dulu, indahnya waktu di alam kanak-kanak.. balik skolah kebangsaan, berebut nak g ngaji tapi kadang-kadang tu ponteng gak alasannya penat nak jalan kaki =) lepas jek azan asar da berebut plak nak g skola agama.. kadang-kadang tu terlebih rajin kul4 petang da g skola agama.. bukan jauh sangat pon.. tp apa ntah tang aku kejarkannya.. hehehe

kalo dulu kan, aku suka sangat g skola agama sbb dapat kejar moto yang jual mkanan kegemaran aku (time tu)


haaa... motor ni la yang aku kejarkan.. kadang- kadang tu kan menghampakan tau sbb sate ikan yang dijual da abis.. sbb tu kena datang awal..hahaha.. dulu sanggup simpan wit skola kebangsaan semata-mata nak beli sate ikan ni lebih... dia jual 20 secucuk.. SEDAP WOO... tak tipu.. 

abang tu siap tanya lagi, "kuah manis, kuah pedas?" mulut dia tak penat2 tanya soklan yang sama, tangan dia lincah wat keja, mengipas nak bakar sate tu, pastu celup2 sate dalam sos masukkan plastik, jual kt aku, amik duit masuk beg dia.. begitulah rutin harian dia.. 

tapi kan... sekarang ni ada lgi tak?? tetiba jek terasa sesangat nak makan SATE IKAN lagi.. nak yg mcm dulu2 punya.. kuah campur..sedapnya... yummmyyy!!



cam ini la rupa bentuknya.. yang ni lom d bakar lagi.. sbb lom "hangus" lagi.. hehehe.. kecur plak aku rasa...

p/s: sesiapa yang terjumpa moto yg jual sate ikan ni, bgtahu aku ek? terasa nak merasa sate ikan lagi la.. agak2 sama tak nilainya ngan zaman awal 90an dulu =)