Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Friday, July 8, 2011

sampai hati awak..

awak..
kenapa awak hadir dalam hidup saya,
kenapa awak suka buat,
saya jatuh hati kepada awak?
awak...
saya sayangkan awak,
semua tu saya da beritahu awak dahulu kan?
perasaan itu bukan saya yang pinta,
ia datang dengan sendirinya.
awak..
bila saya da mula sayangkan awak,
saya berjanji dengan diri saya sendiri,
hanya awak seorang sahaja yang ada dalam hati ini,
sampai ke akhir hayat nanti,
tapi sayangnya,
awak tak sayangkan saya,
awak banyak mempermainkan perasaan saya,
awak tinggalkan saya,
awak abaikan saya,
awak lupakan saya,
hanya kerana awak berkenalan dengan insan lain.
awak....
awak da hancurkan hati saya,
awak da musnahkan janji kita,
awak buat hidup saya bercelaru,
saya nampak awak bermesra dengan insan lain,
tak mengapalah,
saya tetap di sini tersenyum melihat awak bahagia,
saya akan doakan semoga awak terus berbahagia..

Thursday, July 7, 2011

~masihkah kau ingat~

kawan,
masihkah kau ingat,
tarikh perkenalan kita?
atau mungkin,
detik perkenalan itu?
tiada kata-kata indah yang kau lafazkan,
segalanya hanyalah menyakitkan hatiku.
namun,
disitulah kita bermula,
berkawan dan bergurau senda,
tiada kata dapat ku gambarkan,
bertapa gembiranya dapat berkawan dengan kau.
bukan kerana ingin menumpang nama,
bukan juga untuk menumpang glamour,
tapi sikap keterbukaan kau,
membuatkan segalanya indah belaka.
kawan,
walaupun perkenalan ini cuma seketika,
kau tetap menjadi sejarah,
kata-kata kau yang menikam kalbu itu,
bukanlah palsu,
malah,
terselit seribu satu makna disitu,
yang dapat dileraikan,
melalui hati yang terbuka.
kawan,
sejauh manapun hendak kau pergi,
sekuat mana pun hendak kau lari,
aku di sini tetap mendoakan,
yang terbaik untuk diri kau,
bukan untuk disini,
malah di mana jua kau berada.
ingatlah,
aku bangga menjadi kawan kau,
aku gembira menjadi sebahagian dalam hidup kau,
aku tak pernah berdendam dengan kata-kata kau,
biar apa pun tanggapan orang terhadap kau,
kau tetap kawan yang mendapat tempat di hatiku.
maafkan aku,
andai ada melukakan hatimu,
sepanjang perkenalan kita yang singkat itu.


salam ikhlas dari jauh,
teman "sepergaduh"mu

Wednesday, July 6, 2011

s.e.d.a.r.l.a.h.


sedarkah kita,
bahawa kita tidak mungkin
dan tidak akan bisa hidup bersendirian?
maka,
ketika hati kita bersedih,
janganlah dipendamkan segalanya,
kerana ia akan menyeksakan kita.
sebaliknya,
curahkanlah pada sahabat atau sedara
untuk meminta nasihat mereka.
ketika hati kita bahagia,
janganlah dipendam kerana itu egois,
sebaliknya,
curahkanlah pada sahabat atau saudara
untuk menghiburkan hati mereka pula,
dengan begitu,
tentu persahabatan dan persaudaraan itu
akan menjadi lebih bererti dan indah.
syukurku kepadaMu Ya Allah,
kerana Engkau telah menjadikan kami
lebih bererti antara satu dengan yang lain.


~terima kasih teman, kerana selalu berada disisiku, di saat aku memerlukanmu~

Tuesday, July 5, 2011

indah lelapku..


selamat malam bulan,
terangilah malam ini agar tidak suram lagi,
selamat malam bintang,
temanilah malam ini agar hatiku menjadi tenang,
selamat malam sayang,
tidurlah dengan lena dan mimpikan aku datang,
hadir dalam mimpi syurgamu
dan temanimu hingga pagi nanti,
tidurlah sayang,
lena dalam mimpimu..

>>>hahahaha... mcmane leh terkuar kata2 ni, aku pon xtahu, melayan mata yang takleh nak lelap!.. <<
oh bulan, oh bintang,
temanilah malamku bersama mimpi2 yang indah..
lenakanlah aku dalam dakapanmu,
agar ku bisa meraih mimpi terindah malam ini
selamat malam.. =)

Monday, July 4, 2011

k.e.h.i.l.a.n.g.a.n


kehilangan itu,
benar2 mengingatkan aku tentang siapa aku sekarang.
ya.. aku telah mengambil jalan,
jalan yang mengarah pada keadaan aku sekarang
dan aku senang kerana menganggap
hal itu sebagai apa yang telah aku belajar selama ini,
ia adalah sesuatu yang disebut
KEHIDUPAN!

samaada perlu penafian atau tidak,
aku sebagai manusia pernah rasa kehilangan,
dan ada ketikanya,
ia berlaku setiap waktu,
sekecil mana pun ia,
atau sebesar mana pun ia,
ia tetap sebuah kehilangan,
yang meninggalkan aku
dengan seribu rasa perasaan yang berbaur.

"akan ku bawa cintamu kemana sahaja, biarpun ia bukan milikku"

Sunday, July 3, 2011

~biarkanlah jari jemari menyusun kata..

andai ada ingkar di hati kita,
menepis wujud kehadirannya disisimu,
andai bibir ini kelu untuk hujani bicara indah,
bicara yang indah antara kita,
pada kemarau di hati ini..
aku rela,
jari jemariku menjadi pengganti,
menarikan irama indah,
tentang kisah kita,
dari dahulu hingga sekarang
atau mungkin buat selama-lamanya..
luahkan sebelum terlambat,
luahkan sebelum mata tertutup rapat.

jealous vs cemburu??

hobi saya bermain game,
kadang2 tu suka skodeng kat wall org lain kat



akibatnya saya sendiri yg
merana..
berperang dengan emosi sendiri,
jiwa jadi kacau bilau

nape??
hanya kerana terbaca post atau comment org lain..
dlm hati da mula berbicara
cuma tak terzahir dengan kata2...



haaiisshhh..
apalah nak jadi ngan saya ni kan??

yeke??
cam xcaya plak..


cemburu tak bertempat?
ataukah ini dinamakan
cemburu buta??

tapi nape saya perlu jeles???
sy takde hak pon!!!
xmoh..xmoh..
xnak..xnak..
jgn jeles...jeles..
no cemburu..cemburu..
cepat senyum.. senyum..mcm ni..

atau pon senyum mcm ni..

haaa...
barulah best!!