Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Monday, July 4, 2011

k.e.h.i.l.a.n.g.a.n


kehilangan itu,
benar2 mengingatkan aku tentang siapa aku sekarang.
ya.. aku telah mengambil jalan,
jalan yang mengarah pada keadaan aku sekarang
dan aku senang kerana menganggap
hal itu sebagai apa yang telah aku belajar selama ini,
ia adalah sesuatu yang disebut
KEHIDUPAN!

samaada perlu penafian atau tidak,
aku sebagai manusia pernah rasa kehilangan,
dan ada ketikanya,
ia berlaku setiap waktu,
sekecil mana pun ia,
atau sebesar mana pun ia,
ia tetap sebuah kehilangan,
yang meninggalkan aku
dengan seribu rasa perasaan yang berbaur.

"akan ku bawa cintamu kemana sahaja, biarpun ia bukan milikku"

Sunday, July 3, 2011

~biarkanlah jari jemari menyusun kata..

andai ada ingkar di hati kita,
menepis wujud kehadirannya disisimu,
andai bibir ini kelu untuk hujani bicara indah,
bicara yang indah antara kita,
pada kemarau di hati ini..
aku rela,
jari jemariku menjadi pengganti,
menarikan irama indah,
tentang kisah kita,
dari dahulu hingga sekarang
atau mungkin buat selama-lamanya..
luahkan sebelum terlambat,
luahkan sebelum mata tertutup rapat.

jealous vs cemburu??

hobi saya bermain game,
kadang2 tu suka skodeng kat wall org lain kat



akibatnya saya sendiri yg
merana..
berperang dengan emosi sendiri,
jiwa jadi kacau bilau

nape??
hanya kerana terbaca post atau comment org lain..
dlm hati da mula berbicara
cuma tak terzahir dengan kata2...



haaiisshhh..
apalah nak jadi ngan saya ni kan??

yeke??
cam xcaya plak..


cemburu tak bertempat?
ataukah ini dinamakan
cemburu buta??

tapi nape saya perlu jeles???
sy takde hak pon!!!
xmoh..xmoh..
xnak..xnak..
jgn jeles...jeles..
no cemburu..cemburu..
cepat senyum.. senyum..mcm ni..

atau pon senyum mcm ni..

haaa...
barulah best!!


Saturday, July 2, 2011

~suatu ketika dahulu~

awak...
satu ketika dulu, kita pernah bahagia bersama kan? suka duka kita tempuh bersama.. apa sahaja masalah kita akan share bersama.. apa yang saya rasa, awk mesti tahu juga.. bergitulah sebaliknya.. indahnya dunia hanya kita sahaja yang tahu kan? tp tu smua tinggal kenangan buat kita.. kenangan yang terindah bg saya walaupun banyak pahit terpaksa sy telan =)
sy jd tak keruan tau, mcm ada jek tak kena.. awak teringat kt saya ye?? hehehe.. pkalo kita rindu kat seseorang, kita seru nama dia dgn seikhlas hati, InsyaAllah org tu akan ingat kat kita gak"
sy terasa mcm nk call awak, borak2 ngan awak smbil wish besday kat awak.. tp smua tu mcm bagaikan mimpi jek utk sy.. kenapa? sbb sy rs awak xakan layan smua tu.. hurmm... awak da janji dlu kan.. apa pun yang terjadi kita akan jadi kawan sampai bila-bila.. tp nape awak mungkir smuanya?? sy send SMS tp awak x reply pon.. saya tetap bersabar walaupun kecewa.. ye, sy xde hak lagi.. tu sy mengerti..
~kenangan itu walaupun pahit, ia akan jadi manis jika kita kenang pada masa hadapan~
terlalu banyak benda yg nak sy share dgn awk mcm dlu2, tp smuanya tak akan berlaku kan? hurmm..sy harap awak halalkan semua kata2 awak kt sy.. sy tetap hargai setiap pengalaman, pengajaran yang awak berikan.. sesungguhnya, semua tu ada kebaikan utk sy skrg ni.. ye.. tu yang saya akui..
sejahat2 mana pun seorang lelaki, pasti akan meninggalkan sedikit kebaikan utk seorg wanita secara tidak sedar.. wanita tu akan rasainya bila dia kehilangan lelaki itu"
takde apa yg mampu sy lalukan, sy doakan yang terbaik utk awk..bukan di dunia sahaja, malah d akhirat..InsyaAllah =)
~terima kasih atas segala2nya.. setiap kata2 n nasihat awak tetap menjadi kenangan buat sy.. ia menjadi azimat utk sy tempuhi masa depan =)

Tuesday, June 28, 2011

Hati ini...??

hati ini,
tak tahu nak kata apa,
adakalanya nak marah kt seseorang
lantaran sikapnya yang pelik itu.

hati ini.
adakalanya nak tergelak sorang2
lantaran kegilaan kawan2 dan teman sepermainan
yang sanggup buat apa saja untuk menceriakan keadaan.

hati ni
adakalanya rasa sangat kecewa,
bila menantikan sebuah jawapan yang tidak pasti,
tapi mengapakah perlu dinantikan lagi?
sedangkan da tau jawapannya itu.

hati ini,
kadang-kala bahagia,
bila melihat kawan2 di sekeliling tertawa gembira,
tp adakah hati ini betol2 bahagia seperti mereka?

yang pasti,
hati ini KOSONG..
kosong tanpa diisi,
tp yang pasti
tak akan pernah lelah menantimu
hingga akhir nanti
=)

..renung-renungkan..

adik: abang tahu tak bila perempuan yang tak tutup aurat tu mula menutup aurat mereka?
abang: time pergi haji la dik, tak pon masa mereka kawen kan?? kan??
adik: salah!! abang leh teka lagi..
abang: bila dia dapat hidayah daripada Allah?
adik: salah gak!! nak tahu jawapannya tak? senang jek..
abang: apa jawapannya dik?
adik: tadi ustazah cakap kat skolah, perempuan akan menutup auratnya bila dia dikafankan dan akan tutup buat selama-lamanya...

Sunday, June 26, 2011

..setahun berlalu..

i'm back!!!
tetiba jek nak update smula blog berhabuk ni..hahaha
sebab apa?? ntah lar.. aku pon tak tahu...
yg pasti aku nak gak memblog kembali..
tak salah kn??


mari tiup lilin ni..
hahaha.. releven ke kalo aku celebrate ulangtahu aku muncul kembali..
tunggu kemunculan aku...
aku akan merapu, menjiwang, mengedik dan sebagainya..
bye~~