Blogger Templates

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Selamat Datang ke Dunia Jajahanku =)

Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan

alhamdullilah.. da 7 Ramadhan kita berpuasa kan?? kejap jek masa berlalu.. tak terasa sgt =)

kalo 20 tahun yang lalu, saat tu baru nak belajar puasa, masa yang panjang sgt2 dirasai.. tapi setiap masa ada jek benda yg kena wat.. takde la terasa sgt..

sahur - bangun kul5 pagi, dgn mata tertutup, g bilik air, cuci muka, gosok gigi. pastu leh plak tdo kt tepi meja. smpai kena marah baru bangun smula.. mknan wajib mesti ada KICAP ngan air susu.. hehe.. waktu tu mesti ckp dlm ati "kena mkn byk2, ntn siang takde tenaga".. lg teruk bila aku pk, dlm perut ni ada 3 lapisan, tiap lapisan ada 2 ruang, 1 utk mknan, 1 lagi utk air.. hahaha..sbb tu kena mkn byk2 =) lapisan paling atas tu utk sarapan, yg tengah utk mknan tengahari dan bhgn bawah utk minum petang.. bila da kosong smua baru d isi time buka ntn.. huhu...

tengahari - pas balik dr skolah. dlm kul2 sampai umah mesti tertido kepenatan kat atas kerusi.. bgn2 da kul3. terus mandi dgn alasan nak segarkan badan, padahal time mandi tu kadang2 terminum air skit.. haus sgt.. time kat skola berlari tak ingt dunia.. hehe.. pas mandi baru nampak segar (pdhal da puas minum air paip) siap2 g ngaji pastu terus g skola agama.. bkn nak sgt g skola agama, tp tiap kali g skola agama akn dpt RM2 balik skola leh singgah bazar ramadhan kat kg melayu.. loceng balik jek, aku org ptama ada kt gate skola, g bazar cr mknan samping. benda wajib beli air ikut citarasa tekak.. sure abah da belikan murtabak.. haha..

buka - time ni sgt best, sbb da hampir berjaya tahan lapar seharian, kul7 jek mesti da ngadap mknan.depan aku ada 3jenis air, sepinggan mknan yg dlm dia mcm2 jenis mknan.sementara menunggu azan, aku susun mknan atas pinggan ikut gilaran masuk perut..haha.. pas maghrib bersiap2 nak g masjid plak (bkn psal alim, tp tok guru yg ajar ngaji suro kami solat terawih)

malam - time kat masjid, mcm baik jek, sbb ada geng smua benda pon jadi. disebabkan time tu kanak2 lgijd kena solat kt saf blkang skali, solat isya pass, solat terawih smpai 8rakaat jek, pastu cabut g belakang masjid, nak gak mkn moreh walaupun sekeping kuih jek =) pastu dok main ngan kwn2 yg ada kt masjid tu.. hahaha.. buruk perangai!! bila jemaah lain da smpai rakaat terakhir, kami berlari ke tmpat asal (dgn hrapan tak kena mrah ngan tok guru, ala2 kami ikut terawih smpai abis) buruk perangai kn?? bila da selesai tu, berjalanlah kaki balik umah bersama makcik2 tu.. hehehe..

begitulah rutin harian sepanjang puasa 20thn lalu.. best tol zaman kanak2 tu kn?? alangkah indahnya kalo dpt kembali ke zaman itu...

Friday, August 5, 2011

persoalan demi persoalan..

sepanjang puasa ni, lebih kurang 4hari berpuasa kat skola, penat aku jawab soalan budak2.. sesungguhnya sifat ingin tahu mereka sgt tinggi kn? sanggup tanya banyak2 kali semata2 nak tahu sesangat?? haissh.. budak2.. antara soalan2 yg kadang2 aku buntu nak jwb, dan ada kalanya soalan tu wat aku tersenyum...


# puasa tu apa?
# kenapa mesti puasa?
# kalo  puasa, minum air skit boleh tak?
# stat pukul berapa tak leh makan?
# mcmana nak tahu da boleh makan?
# tak mati ke kalo tak makan?


owh..lupa, ni smua pertanyaan murid2 cina  yg agak pelik bila ckp kwan2 melayu dia berpuasa.. akhirnya dia akan ckp, "owh.. org Melayu ni hebat dan kuat, tak makan pon boleh hidup" =)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan..selamat berpuasa..

waktu mengalir bagaikan air,
Ramadhan suci segera hadir,
seandainya ada luka yang pernah terukir,
ada khilaf di sebaliknya,
sucikan hati,
ikhlaskan niat,
maaf zahir batin,
selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia,
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

**saya mohon ampun maaf kepada semua orang yang mengenali saya.. InsyaAllah tiada dendam dihati ini, dan saya telah memaafkan semua orang =)

Wednesday, July 27, 2011

ingat-ingat!

kisah bermula di tepi jalan,
dengan niat sekadar mengorat,
kemudian bertemulah si gadis dan si jejaka di satu tempat,
tanpa disedari tangan pun mula merayap,
setan mula datang dekat,
lawan peluk siapa yang kuat,
wahh.. tak mau mengalah sama-sama hebat,
bila peluk mau sama rapat,
nafas pula mula tersekat-sekat,
mulalah cop di merata tempat,
lupakan Allah dan juga Malaikat,
kerana NAFSU sudah menguasai,
tanpa disedari lahirlah anak tak cukup sifat,
lalu dibuang di merata tempat,
Astagfiruallahalazim,
minta simpang malaikat 44
ingatlah kawanku ini sebagai nasihat,
supaya kita jauhi maksiat,
ajal maut tak kira tempat,
takut-takut tak sempat bertaubat!

pesan memesan~~

pesan pada DIRI sendiri,
jangan sampai tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak pernah mengerti tentang hatimu itu,
kerana,
sekali dikau memberi hatimu itu,
selamanya dia tetap di HATI,
sekali kau dilukai,
sampai bila-bila akan tetap  diingati.
pesan lagi pada DIRI sendiri,
hati-hatilah dalam memberi HATI,
kerana ia hanya untuk insan yang tahu
menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI itu.



Sunday, July 24, 2011

kisah cikgu, murid dan tiger balm

kisah ni berlaku Khamis lepas, saat tu seorang guru dengan gagahnya melangkah masuk ke kelas 6U, di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut. setelah masuk kelas, murid beri salam tanda hormat, guru tersebut memberi arahan.. seperti biasa, tugas guru tersebut untuk memantau murid membuat kerja disebabkan peperiksaan hampir tiba.. guru tersebut memantau murid-muridnya yang seramai 50 orang tu. dari satu meja ke satu meja di jelajahinya. ada gak murid yang bertanya mana yang tidak faham. masa tinggal lebih kurang lima minit jek. (maklumlah setengah jam jek d peruntukan untuk subjek PJK )

tiba di meja terakhir, guru tersebut dengan penuh dedikasi ingin memberi nasihat kepada murid tersebut.

guru : yan ming, cikgu dengar macam2 masalah yang kamu da buat, kamu bukannya tak pandai cuma malas jek kan?
murid : ye, saya tahu saya pandai, terima kasih cikgu.
guru : berapa markah ujian yang lepas?
murid: 60 cikgu
guru : awak tahu kan awak seorang jek yg masih dapat B sedangkan yang lain semua dapat A
murid: tahu cikgu, apa leh saya buat (sambil matanya terkebil2)
guru : saya da pening tengok cara awak ni, bila nak berubah?
murid : cikgu da pening? nak ambil TIGER BALM ni dan sapukan di kepala, nanti cikgu da tak pening..
guru : ................ ( diam tak terkata)

untukmu teman..

teman,
inginku ucapkan terima kasih padamu.
kerana sentiasa menemani hari-hariku.
semenjak kita bertemu kembali.
hidupku tak terasa sunyi lagi.
penuh dengan warna warni.

teman,
dikala ku kesedihan,
engkaulah yang menghiburkan hatiku,
dikala aku putus asa,
kaulah jua yang memberi semangat,
aku tak ingin berpisah darimu,
aku ingin selalu disampingmu.

tapi teman,
kita harus sedar,
lambat laun kita akan terpisah jua,
mungkin kerana kita sudah punya keluarga,
yang harus kita utamakan,
namun teman,
percayalah kau tetap dihatiku,
bukan untuk sementara waktu,
akan ku abadikan segala memori kita bersama,
hingga ke hujung nyawaku..
terima kasih atas segala-galanya..



** tq korang!! selalu wat hidupku ceria =)